Khairuddin dakwa Muhyiddin tak mampu ‘tutup’ salahlaku Najib sebab bukti amat nyata

Khairuddin mendesak Muhyiddin untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين دعوا محي الدين تق ممڤو ‘توتوڤ’ سالهلاكو نجيب سبب بوقتي امت ڽات

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan malam tadi melontarkan pandangannya buat kali kedua berhubung keputusan mahkamah dalam kes SRC International, kali ini, dengan menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan ‘tali hayat’ pada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Merujuk kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Khairuddin mendakwa, Muhyiddin bertanggungjawab membawa balik pemimpin ‘kleptokrat’ apabila sanggup menubuhkan kerajaan bersama pemimpin-pemimpin korup dari UMNO.

Khairuddin bertegas, bukan hanya bukti salahlaku Najib amat nyata, kes SRC turut diperhatikan oleh dunia luar.

“Muhyiddin Yassin tak mampu untuk menutup salahlaku dalam kes ini. Mengapa Muhyiddin Yassin tidak mempertikaikan isu pembebasan Riza Aziz anak Rosmah Mansor? “


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan malam tadi melontarkan pandangannya buat kali kedua berhubung keputusan mahkamah dalam kes SRC International, kali ini, dengan menuduh Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan ‘tali hayat’ pada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Merujuk kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Khairuddin mendakwa, Muhyiddin bertanggungjawab membawa balik pemimpin ‘kleptokrat’ apabila sanggup menubuhkan kerajaan bersama pemimpin-pemimpin korup dari UMNO.




Khairuddin menyifatkan kerajaan yang terbentuk itu sebagai kerajaan “tebuk atap.”

“Saya ingin nyatakan bahawa muhyiddin yassin jangan nak buat ‘political rhetoric’ pada saat ini. Jangan nak tunjuk baik.

“Tun Dr Mahathir Mohamad amat konsisten menolak kerjasama dengan puak kleptokrats.

“Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad kata kita tidak boleh terima umno secara ‘en bloc’ namun Muhyiddin Yassin sanggup berbuat demikian semata-mata demi nak jadi perdana menteri.

“Keseluruhan rakyat malaysia bernasib baik pada hari ini kerana kes skandal Najib Tun Razak membabitkan syarikat SRC ini didengar oleh seorang hakim yang benar-benar amanah,” kata Khairuddin.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesemua tujuh pertuduhan ke atas Najib membabitkan salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan pecah amanah.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika menjatuhkan hukuman pagi tadi mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Loading...

Khairuddin bertegas, bukan hanya bukti salahlaku Najib amat nyata, kes SRC turut diperhatikan oleh dunia luar.

“Muhyiddin Yassin tak mampu untuk menutup salahlaku dalam kes ini. Mengapa Muhyiddin Yassin tidak mempertikaikan isu pembebasan Riza Aziz anak Rosmah Mansor?

“Bagaimana pula dengan pembebasan kes-kes Musa Aman serta sebahagian dari kes Isa Samad?  Pada hakikatnya, Muhyiddin Yassin jangan nak berlakon baik.

“Seandainya Muhyiddin Yassin seorang yang berprinsip, saya yakin dia tidak sanggup untuk bekerjasama dengan kalangan kleptokrats bagi menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

“Pada realitinya juga, Muhyiddin Yassin harus berjawab tentang isu ini di antara manusia sesama manusia serta manusia dengan tuhan.

“Kejatuhan kerajaan PH yang diberi mandat oleh rakyat telah dikhianati sendiri oleh Muhyiddin Yassin.

“Beliau harus letak jawatan sebagai perdana menteri secara kadar segera demi untuk menebus semula maruah peribadinya.

“Sesungguhnya juga, Muhyiddin Yassin tidak ada maruah diri, tidak bermoral, tidak berprinsip serta tidak layak jadi perdana menteri malaysia ke lapan.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...