Khairuddin dakwa sekumpulan ahli parlimen Perikatan Nasional bakal beralih ke blok bebas Mahathir dalam masa terdekat

Menurut Khairuddin, Muhyiddin sedang bersekongkol semula dengan puak yang digelarnya pengkhianat dan kleptokratik yang pada satu ketika dahulu ditentangnya sendiri. Sumber (gambar): TTF

خير الدين دعوا سكومڤولن اهلي ڤرليمين ڤريكتن ناسيونل باكل براليه ك بلوك ڤمبڠكڠ دالم ماس تردكت

Pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk blok bebas bersama WARISAN buat ketika ini amat tepat dan mendapat reaksi postif dari kalangan ahli-ahli parlimen termasuk dari pihak kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata pendirian Mahathir menyebabkan beberapa ahli parlimen dari Perikatan Nasional bakal pindah tempat duduk di blok pembangkang dalam Dewan Rakyat.

“Sebenarnya, Muhyiddin Yassin terpaksa tunduk dan akur pada setiap permintaan UMNO yang tamak kuasa kearah membela semua pemimpin-pemimpin yang beliau sendiri pernah akur merupakan kleptokrat.

“Kita amat penat lawan UMNO, BN dan kumpulan pemimpin bermasalah ini, tetapi kini, selepas 22 bulan Muhyiddin Yassin boleh bergabung semula dengan para pengkhianat yang dibencinya sendiri pada satu ketika dahulu dan oleh keseluruhan rakyat. Ini amat tidak logik sama sekali.”


PETALING JAYA: Pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk blok bebas bersama WARISAN buat ketika ini amat tepat dan mendapat reaksi postif dari kalangan ahli-ahli parlimen termasuk dari pihak kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata pendirian Mahathir menyebabkan beberapa ahli parlimen dari Perikatan Nasional bakal pindah tempat duduk di blok pembangkang dalam Dewan Rakyat.




“Bersyukur kehadrat Allah swt kerana akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad pilih pendirian yang amat tepat selaku blok ‘bebas’ buat masa ini.

“Sama-sama kita saksikan perkara ini berlaku dalam masa terdekat. Terus terang, rakyat amat memarahi pengkhianatan dilakukan oleh (Tan Sri) Muhyiddin Yassin yang sedang menguatkan semula kedudukan para pemimpin UMNO yang bermasalah.

“Dalam ertikata lain juga, perdana menteri pada hari ini sedang mengembalikan seterusnya memperkasakan semula kleptokrasi di tanahair kita,” katanya.

Menurut Khairuddin, Muhyiddin sedang bersekongkol semula dengan puak yang digelarnya pengkhianat dan kleptokratik yang pada satu ketika dahulu ditentangnya sendiri.

“Kita dulu lawan kerajaan kleptokrasi sehingga ada yang masuk lokap, masuk penjara dan hilang segalanya pada waktu itu demi kesejahteraan masa depan rakyat tapi kini Muhyiddin Yassin sedang bersekongkol semula dengan puak pengkhianat nombor satu negara.

“Sebenarnya, Muhyiddin Yassin terpaksa tunduk dan akur pada setiap permintaan UMNO yang tamak kuasa kearah membela semua pemimpin-pemimpin yang beliau sendiri pernah akur merupakan kleptokrat.

“Kita amat penat lawan UMNO, BN dan kumpulan pemimpin bermasalah ini, tetapi kini, selepas 22 bulan Muhyiddin Yassin boleh bergabung semula dengan para pengkhianat yang dibencinya sendiri pada satu ketika dahulu dan oleh keseluruhan rakyat. Ini amat tidak logik sama sekali.

Loading...

“Pada hakikatnya juga, Muhyiddin Yassin bukan saja mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin-pemimpin PH tetapi juga mengkhianati mandat rakyat yang menolak UMNO, BN serta kleptokrasi pada piliharaya umum yang lepas.

“Lihat saja gelagat Muhyiddin Yassin demi untuk menjadi perdana menteri dia sanggup mengkhianati keseluruhan rakyat Malaysia.

“Sebab itu keseluruhan rakyat Malaysia wajib tolak pemimpin-pemimpin kerajaan ‘pintu belakang’ yang telah menodai serta mencabuli hasrat rakyat yang menentang pemimpin-pemimpin korup.

“Insya-Allah beberapa lagi ahli-ahli parlimen dari PN akan meninggalkan kerajaan ‘pintu belakang’.Sebab itu saya senantiasa berdoa agar semua sahabat-sahabat dalam PN untuk ‘duduk semeja’ dengan Tun Dr Mahathir Mohamad secara kadar segera bagi menubuhkan kerajaan baru yang benar-benar berwibawa mahupun berintegriti.

“Rakyat malaysia bakal melihat penubuhan kerajaan baru untuk mentadbir negara secara lebih cekap, bersih dan beramanah dalam sikit masa lagi. Insya-Allah, Ameen.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...