
THE THIRD FORCE
خير الدين دده كندوڠن سورت ڤرجنجين ڤه بوقتي تاريخ ڤڠوندورن محضير تيدق ڤرنه دتتڤكن
Tengah hari tadi, Ketua PEJUANG Willayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR untuk mendedahkan perjanjian bertulis yang ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan semua presiden-presiden parti dari Pakatan Harapan jika benar surat itu wujud.
BACA CABARAN KHAIRUDDIN DI SINI
Ini susulan dakwaan yang dibuat oleh pihak tertentu berkait dengan Anwar kononnya ada perjanjian peralihan kuasa yang ditandatangani yang menetapkan secara spesifik tarikh Mahathir akan memberi laluan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.
Terbaharu, Khairuddin mendedahkan kandungan surat tersebut (bawah, bertarikh 6hb Januari 2018) dan menggariskan bahagian perjanjian berkaitan proses undang-undang bagi mendapatkan Pengampunan Diraja bagi Anwar.
Menerusi pendedahan ini, umum dapat menilai sendiri perjanjian sebenar antara Mahathir dan presiden-presiden parti komponen Pakatan Harapan dan bagaimana Anwar dan kuncu-kuncunya menipu rakyat selama ini.
WAJIB BACA:
Akar umbi ditipu lagi, Zahid sahkan UMNO sokong kerajaan sehingga Ogos – kan dah kata?
