
خير الدين دسق عزم باكي ءلاكوكن سسواتوء سوسولن اينسيدن مليبتكن ڤمودا ڤڤبم
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyeru Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki agar memandu badan berkenaan ke hadapan secara gemilang, bukannya mundur ke belakang.
Merujuk kepada dua laporan polis yang dibuat (hujung bawah), Khairuddin merayu agar Azam Baki tidak membenarkan ‘tangan-tangan ghaib’ mempengaruhi penguatkuasa undang-undang bertindak di luar prinsip ketelusan untuk melaksanakan setiap tanggungjawab.
Khairuddin menambah, beliau sendiri pernah ‘ditekan’ dan ‘dizalimi’ oleh kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan mendakwa pihak penguatkuasa undang-undang pada ketika itu “diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan.”
“Di waktu itu, saya buat laporan pada pihak penguatkuasa undang-undang untuk selamatkan wang kerajaan serta dana rakyat tetapi sebaliknya ditangkap dan seterusnya dipenjarakan tanpa bicara,” katanya.

PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyeru Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki agar memandu badan berkenaan kehadapan secara gemilang, bukannya mundur ke belakang.
Merujuk kepada dua laporan polis yang dibuat (hujung bawah), Khairuddin merayu agar Azam Baki tidak membenarkan ‘tangan-tangan ghaib’ mempengaruhi penguatkuasa undang-undang bertindak di luar prinsip ketelusan untuk melaksanakan setiap tanggungjawab.
“SPRM adalah badan penguatkuasa undang-undang yang harus berfungsi secara professional, adil dan saksama terhadap rakyat jelata.
“Kita sebelum ini sudah berjaya membersihkan salahguna kuasa di kalangan pihak penguatkuasa undang-undang dan jabatan-jabatan kerajaan di negara ini.
“Sekarang asas pentadbiran pihak penguatkuasa undang-undang serta jabatan-jabatan kerajaan sudah boleh berfungsi secara professional tanpa ‘campurtangan ghaib’ orang-orang politik.
“Jadi jangan izinkan ‘tangan-tangan ghaib’ ini mempengaruhi penguatkuasa undang-undang sehingga boleh bertindak di luar prinsip ketelusan untuk melaksanakan setiap tanggungjawab serta amanah rakyat,” kata Khairuddin.
Khairuddin menambah, beliau sendiri pernah ‘ditekan’ dan ‘dizalimi’ oleh kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan mendakwa pihak penguatkuasa undang-undang pada ketika itu “diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan.”
“Di waktu itu, saya buat laporan pada pihak penguatkuasa undang-undang untuk selamatkan wang kerajaan serta dana rakyat tetapi sebaliknya ditangkap dan seterusnya dipenjarakan tanpa bicara.
“Pada ketika itu, pihak yang didakwa penyamun, pencuri dan penyangak terus dilindungi oleh penguatkuasa undang-undang, manakala mereka yang membuat dakwaan dan meminta siasatan dibuat dizalimi.
“SPRM kena ingat pada PRU15 hampir 8 juta pengundi di kalangan anak muda akan turun mengundi. Kalangan ini amat ‘observant’ dan benci dengan unsur penganiayaan khususnya ke atas generasi mereka.
“Situasi ini boleh membuatkan para pengundi baru ini bakal ‘retaliate’ serta memusuhi kerajaan yang mereka anggap zalim. Ini berdasarkan pengalaman, bukannya retorik semata-mata.
“Hakikatnya, rakyat jelata kini lebih pandai menilai dari dulu-dulu dan memerhati setiap apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Peliharalah professionalisma SPRM yang baru saja pulih dari kerosakan kronik di waktu pemerintahan kerajaan dahulukala.
“Dalam isu siasatan keatas anak-anak muda dari ARMADA BERSATU (PPBM), saya rasa Dato Seri Azam Baki harus tampil untuk jelaskan kepada rakyat akan insiden ‘hitam’ ini seterusnya beri jaminan ianya tidak akan berulang lagi.”

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

