Khairuddin: Di mana ada habuan, di situ ada Ezam

Khairuddin berkata, Ezam yang pada satu ketika dulu memaki hina Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba boleh kembali bersamanya kerana kepentingan peribadi dan tiada kaitan langsung dengan perjuangan kepartian atau kebenaran. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: د مان اد هابوان، د سيتو اد ايزم

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyifatkan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor sebagai “katak lompat” yang tidak berprinsip dan oportunis yang hilang kredibilitinya di kaca mata rakyat.

Dalam satu kenyataan, Khairuddin berkata, Ezam kini tidak di pandang serius setelah beliau berubah-ubah kem seperti ubah kemeja berdasarkan siapa yang mampu tunduk pada kehendak peribadinya.

Terdahulu, Gerakan Reformasi 98 (GERAK 98) yang dikepalai oleh Ezam mengaku bahawa dakwaan kerajaan Malaysia cuba meracuni Anwar dengan Arsenik pada tahun 1998 satu penipuan dan dibuat oleh pihak yang bersangkut paut dengan Anwar untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (rujuk artikel bawah).

NGO milik Ezam itu akhirnya mengaku dakwaan itu fitnah belaka dan diperhangatkan oleh seorang yang bernama Ustaz Badrul Amin dalam ceramahnya.

Menurut Khairuddin, Ezam tiba-tiba kembali ke pangkuan Anwar setelah diberikan habuan untuk tidak lagi menyokong Mahathir.


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyifatkan Datuk Mohd Ezam Mohd Nor sebagai “katak lompat” yang tidak berprinsip dan oportunis yang hilang kredibilitinya di kaca mata rakyat.

Dalam satu kenyataan, Khairuddin berkata, Ezam kini tidak di pandang serius setelah beliau berubah-ubah kem seperti ubah kemeja berdasarkan siapa yang mampu tunduk pada kehendak peribadinya.




“Ezam md [email protected]‘katak lompat’ tidak perlu dilayan. Manusia tidak bermaruah serta tiada prinsip ini yang sedang ‘menjilat ludahnya sendiri’ adalah bahan ketawa keseluruhan rakyat malaysia semata-mata.

“Politikus haprak yang opportunis ini tiada kredibiliti langsung, Ezam md nor adalah seorang ‘jalang politik’ yang tiada maruah diri yang hanya mengemis untuk kepentingan peribadi.

“Dia akan menyokong sesiapa saja yang boleh tabur habuan dan wadah perjuangannya berteraskan pada sogokan haram bagi menjaga kepentingan ‘perutnya’ saja,” dakwa Khairuddin.

Beliau turut berkata, Ezam yang pada satu ketika dulu memaki hina Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba-tiba boleh kembali bersamanya kerana kepentingan peribadi dan tiada kaitan langsung dengan perjuangan kepartian atau kebenaran.

Terdahulu, Gerakan Reformasi 98 (GERAK 98) yang dikepalai oleh Ezam mengaku bahawa dakwaan kerajaan Malaysia cuba meracuni Anwar dengan Arsenik pada tahun 1998 satu penipuan dan dibuat oleh pihak yang bersangkut paut dengan Anwar untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (rujuk artikel di hujung bawah).

NGO milik Ezam itu akhirnya mengaku dakwaan itu fitnah belaka dan diperhangatkan oleh seorang yang bernama Ustaz Badrul Amin dalam ceramahnya.

GERAK 98 merupakan pertubuhan pro-Anwar dan dikatakan mendapat arahan terus daripada Anwar, sama seperti NGO Pro 98 yang dikepalai oleh Ustaz Badrul Amin yang dipercayai mendapat bantuan daripada ‘adik’ Anwar.

Loading...

Anehnya, pengakuan GERAK 98 dibuat sebagai membalas dakwaan tertentu yang dibuat oleh Pro 98 walaupun kedua-dua NGO berkenaan giat membantu Anwar menimbulkan persepsi buruk terhadap Mahathir.

Menurut Khairuddin, Ezam tiba-tiba kembali ke pangkuan Anwar setelah diberikan habuan untuk tidak lagi menyokong Mahathir.

“Suatu masa dahulu Ezam Md Nor adalah seekor manusia yang ‘memaki hamun’ Anwar Ibrahim.

“Malangnya, pada hari ini apabila dibela semula seumpama ‘kucing liar’ setelah ditabur ‘makanan najis’, ‘katak lompat’ ini sanggup buat ‘pusingan U’ bagi menyokong kembali seseorang yang dia hina secara habis-habisan itu.

“Inilah kualiti ‘katak lompat’ paling haprak yang mana bangkainya kelak binatang pun tak sanggup makan.

“Sesungguhnya, saya tidak pernah lihat seekor manusia paling jijik seperti Ezam Md Nor. Beliau boleh diibaratkan juga seperti ‘bangkai’ paling jijik yang jika kita tersentuh; wajib disamak.

“Sesungguhnya juga, Ezam Md Nor gagal untuk memahami bahawa dia tidak boleh padam fakta sejarah yang telah ditatapi oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Akhir kata, ‘katak lompat’ ini amat berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dia telah gagal untuk meyakinkan tokoh negarawan ini untuk menyogok habuan padanya bagi menyelamatkan rumah keluarganya yang kononnya bakal dilelong pada waktu itu.

“Perjuangan kami mesti berteraskan pada keikhlasan tanpa sebarang bentuk ‘habuan’ untuk kepentingan diri sendiri.

“Siapa Gerak98?! Ini adalah perkumpulan kalangan ‘minda lemah otak udang!’”

THE THIRD FORCE

BACA:

Pertubuhan milik Ezam mengaku ahli keluarga Anwar fitnah pentadbiran Mahathir isu racun Arsenik

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...