Khairuddin dipecat sebagai AJK PAS

Mohd. Khairuddin dalam hantaran di laman Facebook malam tadi turut memberi bayangan mengenai situasi menimpanya itu. Sumber (gambar): NST Online

خير الدين دڤچت سباڬاي اي جيه كي ڤاس

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas, kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu. 

Perkara itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini, sekali gus menjawab persoalan yang bertiup sejak malam tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut punca sebenar bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu disingkirkan.

“Mestilah ada alasan (digugurkan), dalam parti kita ada disiplin. Siapa yang tidak ikut (disiplin), dia boleh ditukarkan jawatan, bertugas di tempat lain, digantung keahlian atau boleh dipecat,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.


MARANG: Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas, kurang dua bulan selepas dilantik memegang jawatan itu.

Perkara itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini, sekali gus menjawab persoalan yang bertiup sejak malam tadi.




Abdul Hadi berkata, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam Pas sama ada diberhenti atau ditukarkan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas yang diadakan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, kelmarin.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut punca sebenar bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu disingkirkan.

BACA: ANWAR TAKUT KALAH DI JOHOR

“Urusan itu dikendalikan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Mestilah ada alasan (digugurkan), dalam parti kita ada disiplin. Siapa yang tidak ikut (disiplin), dia boleh ditukarkan jawatan, bertugas di tempat lain, digantung keahlian atau boleh dipecat,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Pada 23 November lalu, Mohd. Khairuddin merupakan antara tiga pemimpin tertinggi Pas yang dilantik semula sebagai AJK Pas bagi sesi 2021-2023 selepas tewas dalam pemilihan parti di samping Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin dalam hantaran di laman Facebook malam tadi turut memberi bayangan mengenai situasi menimpanya itu.

Loading...

Katanya, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam masyarakat kerana manusia mempunyai akal dan ilmu berlainan yang menghasilkan sudut pandang berbeza.

“Tinggal lagi adalah adab dalam berbeza pendapat dan bagaimana menguruskan perbezaan yang boleh menyuburkan lagi sesuatu perbincangan,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Azam Baki beri amaran halus kepada pemimpin tertentu?

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...