Khairuddin dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS

Pemecatan Khairuddin disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini sekali gus menyaksikan Mohd. Khairuddin kini hanya merupakan ahli biasa tanpa sebarang jawatan tertinggi dalam parti. Sumber (gambar): NST Online

خير الدين دڤچت سباڬاي ستياءوسها مجليس شرا علماء ڤاس

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sekali lagi digugurkan daripada jawatan tertinggi Pas apabila parti memutuskan ‘membuangnya’ sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama, berkuat kuasa semalam.

Pengguguran itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau disingkirkan daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas pada 12 Januari lalu.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin dalam laman Facebook malam tadi turut memberi bayangan mengenai penggugurannya itu menerusi enam hantaran berturut-turut berhubung soal musibah.

“Jangan dimalukan seseorang secara berulang, sekali mungkin dia berdiam dan bersabar tetapi tidak selamanya akan berdiam diri apabila maruah dicemari dan diceroboh secara berulang. Setiap perkara ada batasannya, jangan melampaui kerana akibatnya sangat buruk,” katanya. 


MARANG: Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali sekali lagi digugurkan daripada jawatan tertinggi Pas apabila parti memutuskan ‘membuangnya’ sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama, berkuat kuasa semalam.

Pengguguran itu berlaku kira-kira sebulan selepas beliau disingkirkan daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas pada 12 Januari lalu.




Perkara berkenaan disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini sekali gus menyaksikan Mohd. Khairuddin kini hanya merupakan ahli biasa tanpa sebarang jawatan tertinggi dalam parti.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas Pusat susulan isu-isu disiplin melibatkan pemimpin berkenaan.

BACA JUGA: ‘PEMBANTU MUHYIDDIN, BEKAS MENTERI UGUT SAYA’

“Oleh kerana pelantikannya dalam Majlis Syura Ulama adalah oleh Jawatankuasa Pas Pusat, maka kita membatalkan pelantikan itu.

“Dia bukan lagi ahli majlis (berkenaan) kerana untuk menjadi ahli perlu mempunyai jawatan,” katanya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Pada 16 November lalu, Utusan Malaysia melaporkan Mohd. Khairuddin tidak berkecil hati atau kecewa walaupun digugurkan sebagai AJK Pas sekali gus ertekad untuk meneruskan perjuangan politik Islam walau di mana jua kedudukannya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu kini merupakan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) di samping menganggotai jawatankuasa kecil lajnah dalam Pas.

Terdahulu, Mohd. Khairuddin dalam laman Facebook malam tadi turut memberi bayangan mengenai penggugurannya itu menerusi enam hantaran berturut-turut berhubung soal musibah.

Loading...

“Jangan dimalukan seseorang secara berulang, sekali mungkin dia berdiam dan bersabar tetapi tidak selamanya akan berdiam diri apabila maruah dicemari dan diceroboh secara berulang. Setiap perkara ada batasannya, jangan melampaui kerana akibatnya sangat buruk,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Berunding dengan PH serupa menjadi ‘sekutu kerajaan’, siapa-siapa yang terjerat hanya menguntungkan Anwar



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...