Khairuddin: Disebabkan rakus kuasa, Muhyiddin jatuh dalam perangkap UMNO

Menurut Khairuddin, bukan jawatan dan kedudukan yang dikehendaki Mahathir, cuma apa yang terbaik untuk negara. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: دسببكن راكوس كواس، محي الدين جاتوه دالم ڤراڠكڤ امنو

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sama sekali tidak ‘gilakan kuasa’ dan perpegang utuh pada prinsip perjuangan asalnya untuk berbakti kepada rakyat dan negara.

Buktinya, beliau menolak terus pelawaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turut bersama PPBM dalam Perikatan Nasional atas dasar tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah.

“Sebab itu dulu saya sebagai penggerak awal parti PPBM keluar parti. Saya merupakan orang pertama penggerak awal yang tinggalkan PPBM.

“Malahan, pada waktu itu saya sudah mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan percaya pada Muhyiddin Yassin.

“Muhyiddin Yassin hanya hendak pergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memperkuatkan kedudukannya seterusnya akan ‘sepak keluar’ tokoh negarawan ini apabila dirinya dianggap kuat.”


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sama sekali tidak ‘gilakan kuasa’ dan perpegang utuh pada prinsip perjuangan asalnya untuk berbakti kepada rakyat dan negara.

Buktinya, beliau menolak terus pelawaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turut bersama PPBM dalam Perikatan Nasional atas dasar tidak boleh bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah.




Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang menyifatkan kerajaan baharu yang terbentuk sebagai kerajaan “tebuk atap”dan pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah sebagai”kleptokrat.”

“Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad masih ‘gila kuasa’ beliau hanya perlu bergabung dengan Muhyiddin Yassin serta kerajaan ‘tebuk atap’ dan bakal dianugerahkan sekurang-kurangnya jawatan ‘menteri mentor’.

“Namun, bukan jawatan dan kedudukan yang penting bagi Tun Dr Mahathir Mohamad. Yang penting bagi beliau adalah berpegang utuh pada prinsip perjuangan yang luhur.”

“Bukan demi untuk mengekalkan jawatan sanggup bersekongkol dengan puak kleptokrats. Dulu lawan penyangak UMNO bermati-matian tetapi kini boleh ‘tidur sebantal’ pula.

“Bukan semua dalam UMNO tidak baik. Pemimpin UMNO seperti Dato Seri Hishamudddin Tun Hussein dan beberapa lagi adalah kalangan pemimpin UMNO yang baik.

“Atas dasar inilah dari awal lagi Tun Dr Mahathir Mohamad selalu ingatkan Muhyiddin Yassin agar jangan terima umno secara ‘en bloc’,” katanya.

Khairuddin menambah, bukan jawatan dan kedudukan yang dikehendaki Mahathir, cuma apa yang terbaik untuk negara.

Loading...

“Ini yang saya tak faham prinsip perjuangan Muhyiddin Yassin. Dari hari mula penubuhan PPBM beliau hanya bercita-cita besar untuk jadi Perdana Menteri.

“Nak jadi Perdana Menteri tanpa ‘ukur baju di badan sendiri’ serta tidak membuat pembacaan politik secara mendalam.

“Akhirnya kini, Muhyiddin Yassin jatuh dalam perangkap UMNO yang semata-mata rakus kuasa. Segelintir dari puak bermasalah dalam parti ini bukan ada wadah perjuangan murni pun.”

Khairuddin bertegas, puak bermasalah dalam UMNO ini hanya berminat untuk berkuasa dan akan teruskan agenda mereka yang akhirnya akan merugikan negara apabila “khazanah kerajaan serta duit rakyat” menjadi mangsa.

“Atas dasar untuk kekalkan jawatan Perdana Menteri, kini Muhyiddin Yassin terpaksa tunduk pada tekanan puak UMNO ini yang sememangnya bersifat kleptokrat.

“Secara tidak langsung Muhyiddin Yassin sanggup mengkhianati mandat rakyat demi memenuhi cita-cita rakusnya untuk menjadi Perdana Menteri.

“Sebab itu dulu saya sebagai penggerak awal parti PPBM keluar parti. Saya merupakan orang pertama penggerak awal yang tinggalkan PPBM.

“Malahan, pada waktu itu saya sudah mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan percaya pada Muhyiddin Yassin.

“Muhyiddin Yassin hanya hendak pergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memperkuatkan kedudukannya seterusnya akan ‘sepak keluar’ tokoh negarawan ini apabila dirinya dianggap kuat.

“Syukur Alhamdulillah pada hari ini Allah swt menunjukkan kebenaran akan nasihat saya pada Tun Dr Mahathir Mohamad di peringkat awal penubuhan parti PPBM.

“Yakinilah, Muhyiddin Yassin adalah seorang manusia yang tak tahu mengenang budi Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Demi kuasa, Muhyiddin Yassin sanggup ‘tikam belakang’ Tun Dr Mahathir Mohamad dan ‘sepak keluar’ dari PPBM yang sama-sama diasaskan oleh mantan Perdana Menteri ini pada realitinya.

“Moralnya di sini, keseluruhan rakyat harus tolak manusia semacam Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin PH yang menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’ yang telah menodai atau mengkhianati mandat rakyat demi untuk berkuasa.

“Kalangan pengkhianat semacam Muhyiddin Yassin mesti dihukum pada pru15 kelak. Sesungguhnya, Muhyiddin Yassin tak boleh pergi jauh dan kareer politiknya bakal terkubur di tengah jalan.

“Percayalah, dalam sikit masa lagi, kerajaan ‘tebuk atap’ bakal runtuh dan terus hancur.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...