Khairuddin: Gambar tular diambil empat tahun lepas, ada pihak berniat jahat’

Khairuddin mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena yang dirancang oleh pihak yang membuat penularan gambar itu. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: ڬمبر تولر دأمبيل امڤت تاهون لڤس، اد ڤيهق برنية جاهتء

Penularan sekeping gambar (hujung bawah) memaparkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tengku Rzaleigh Hamzah baru-baru ini merupakan usaha pihak tertentu yang berkepentingan untuk menimbulkan persepsi palsu.

Ketika dihubungi, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan bahawa gambar itu, yang turut memaparkan dirinya bersama isteri, Umie Aida dan isteri Mahathir, Tun Siti Hasmah, bukannya gambar terkini tetapi gambar yang diambil lebih kurang empat tahun yang lalu.

“Ini bukan gambar baharu. Saya yakin ada kalangan tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba ‘menangguk di air yang keruh’,” katanya.

Gambar tersebut menular dalam kumpulan-kumpulan media sosial tertentu dan disyaki bertujuan mengelirukan ahli parlimen dan orang ramai dengan pelbagai dakwaan dan persepsi palsu susulan perjumpaan Tengku Razaleigh dengan Yang Di-Pertuan Agong.


PETALING JAYA: Penularan sekeping gambar (hujung bawah) memaparkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tengku Rzaleigh Hamzah baru-baru ini merupakan usaha pihak tertentu yang berkepentingan untuk menimbulkan persepsi palsu.

Ketika dihubungi, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan bahawa gambar itu, yang turut memaparkan dirinya bersama isteri, Umie Aida dan isteri Mahathir, Tun Siti Hasmah, bukannya gambar terkini tetapi gambar yang diambil lebih kurang empat tahun yang lalu.




“Saya baru terlihat gambar yang sedang tular dalam media sosial pada hakikatnya merupakan sekeping gambar lama yang diambil lebih kurang empat tahun yang lepas.

“Kalau tak silap saya, gambar itu diambli pada bulan Syawal beberapa hari selepas menyambut hari raya aidil fitri.

“Ini bukan gambar baharu. Saya yakin ada kalangan tertentu yang tidak bertanggungjawab cuba ‘menangguk di air yang keruh’,” katanya.

Gambar tersebut menular dalam kumpulan-kumpulan media sosial tertentu dan disyaki bertujuan mengelirukan ahli parlimen dan orang ramai dengan pelbagai dakwaan dan persepsi palsu susulan perjumpaan Tengku Razaleigh dengan Yang Di-Pertuan Agong.

Selasa lalu, Tengku Razaleigh dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.

Menurut setiausaha Politik Tengku, Mohd Lokman Ghani, pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan daripada Tengku mengenai situasi semasa politik negara.

Kehadiran beliau itu menimbulkan tanda tanya selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sebelah pagi.

Loading...

Anwar pula mendakwa memiliki bukti kukuh sokongan majoriti terhadapnya tetapi gagal mempersembahkan bukti itu kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Baginda Tuanku.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Anwar hanya mengemukakan bilangan ahli-ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri.

“Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senari nama ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Khairuddin mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena yang dirancang oleh pihak yang membuat penularan itu.

“Saya juga tidak faham kenapa gambar ini ditular pada saat dan ketika masakini?

“Ada kalangan yang tidak bertanggungjawab sedang cuba untuk mengujudkan pelbagai spekulasi di saat negara kita sedang menghadapi suasana politik yang tidak menentu.

“Saya menafikan bahawa ini bukan gambar baharu sepertimana yang digembar-gemburkan oleh kalangan tertentu yang tidak bertanggungjawab serta berniat jahat dalam sosial media pada hari ini.

“Ramai juga bertanya kenapa bawa mask sekiranya gambar itu empat tahun yang lepas?

“Jawapannya, amalan memakai mask bukan perkara baru buat tun dr mahathir mohamad kerana beberapa tahun yang lepas ketika mengidap ‘lung infection’ ini merupakan amalan kelaziman bekas perdana menteri ini.

“Ini merupakan amalan kelaziman Tun Dr Mahathir Mohamad menjaga kesihatan yang secara kebetulan praktis masakini di saat kita menghadapi pandemik Covid-19.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...