Khairuddin: Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence jangan bersikap ‘Double Standard’

Khairuddin berkata, Ketua hakim Negara sepatutnya memanggil hakim Collin untuk memohon penjelasan mengapa Collin “terlalu akur dan mengutamakan hal ehwal politik dari kepentingan prosiding berskala besar.” Sumber (gambar): TTF

خير الدين: حاكيم محكمه تيڠڬي چوللين لاورنچ جاڠن برسيكڤ ءدواوبلي ستندردء

Rakyat Malaysia amat kecewa dengan sikap pilih kasih hakim mahkamah tinggi Collin Lawrence Sequerah melayani permintaan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding mahkamah.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut persoal samada rakyat marhein boleh dapat layanan yang sedemikian rupa dari hakim berkenaan sekiranya memohon pertimbangan yang sama terhadap kes perbicaraan mereka.

Kenyataan Khairuddin merujuk kepada laporan media arus perdana yang mendakwa prosiding mahkamah membabitkan Najib yang didakwa menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB ditangguh semalam.

Menurut laporan, penangguhan ini berikutan permohonan pasukan pembelaan kepada Mahkamah Tinggi di sini agar Ahli Parlimen Pekan itu boleh membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.


PETALING JAYA: Rakyat Malaysia amat kecewa dengan sikap pilih kasih hakim mahkamah tinggi Collin Lawrence Sequerah melayani permintaan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding mahkamah.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut persoal samada rakyat marhein boleh dapat layanan yang sedemikian rupa dari hakim berkenaan sekiranya memohon pertimbangan yang sama terhadap kes perbicaraan mereka.




“Mengapa hakim mahkamah tinggi ini melayani dan tunduk sangat pada permintaan Najib Tun Razak?

“Sebagai hakim mahkamah tinggi beliau sepatutnya bersikap professional dan jangan layan sangat permintaan Najib Tun Razak semata-mata kerana beliau hendak berkempen di Chini.

“Ramai lagi tenaga kempen yang berada di sana. Apakah dengan ketiadaan Najib Tun Razak ianya akan mencacatkan kempen pilihanraya kecil DUN Chini?”

Kenyataan Khairuddin merujuk kepada laporan media arus perdana yang mendakwa prosiding mahkamah membabitkan Najib yang didakwa menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB ditangguhkan semalam.

Menurut Sinar Online, penangguhan ini berikutan permohonan pasukan pembelaan kepada Mahkamah Tinggi agar Ahli Parlimen Pekan itu boleh membantu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Menurut Sinar, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membuat permohonan demikian selepas perbicaraan bermula di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah kemudian dilaporkan membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan hari ini malah prosiding yang dijadualkan sehingga jam 6 petang semalam juga ditutup lebih awal bagi memberi ruang kepada Najib bagi memenuhi tugas berkanunnya selaku Ahli Parlimen.

Loading...

Menurut Khairuddin, perbicaraan tidak seharusnya ditangguh kerana Najib masih berpeluang untuk hadir di Chini di sebelah petang semalam untuk berkempen.

“Saya hendak tanya hakim ini, apakah Najib Tun Razak tidak boleh pergi ke sana pada sebelah petang jumaat selepas perbicaraan sehingga hari Ahad?

“Hal berkempen bukan satu perkara yang penting. Dahulukanlah perbicaraan kes jenayah Najib Tun Razak itu. Ini yang keseluruhan rakyat Malaysia ingin melihat.

“Malahan, bukan saja rakyat Malaysia tetapi seluruh dunia sedang memerhati kes jenayah skandal kewangan paling besar pada dekad ini.

“Bidang kehakiman tolonglah bersikap professional dan utamakan kes-kes prosiding yang berstatus besar khususnya. Jangan layan serta utamakan hal ehwal politik.”

Khairuddin berkata, Ketua hakim Negara sepatutnya memanggil hakim Collin untuk memohon penjelasan mengapa beliau “terlalu akur dan mengutamakan hal ehwal politik dari kepentingan prosiding berskala besar.”

“Ketua hakim negara harus memohon penjelasan dan justifikasi dari hakim mahkamah tinggi ini demi untuk pengetahuan keseluruhan rakyat jelata.

“Jangan ulangi lagi kesilapan untuk melayan kerenah seperti ini di masa akan datang agar rakyat tidak pandang serong pada bidang kehakiman yang sepatutnya berfungsi secara professional.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...