
Khairuddin Abu Hassan
Keseluruhan bangsa Melayu yang beragama Islam tidak akan terima manusia ‘berpenyakit’ seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.
Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berkata ianya bukan soal politik tapi persoalan aqidah agama.
“Anwar begitu rakus ingin menjadi PM8. Tapi jawatan ini bukan terletak di tangan Tun Dr Mahathir Mohamad tapi insyaallah, dengan izin Allah swt; tuhan tidak akan merestui Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan nombor satu tertinggi negara. Ameen.”
Menurut Khairuddin, kebelakangan ini, majoriti pemimpin Melayu-Islam dari kalangan ahli-ahli dewan rakyat dari pelbagai parti politik sedang bangun menzahirkan protes dan penolakan Anwar Ibrahim sebagai pengganti Mahathir.
“Tokoh-tokoh pemimpin yang berlatarbelakangkan agama seperti YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Tuan Ibrahim Tuan Man, YAB Dato Seri Shamsuri, YB Dato Takiyuddin serta keseluruhan pemimpin-pemimpin umno juga telah menolak cadangan Anwar sebagai PM8 secara bersebab.
“Manusia ‘berpenyakit’ seperti Anwar Ibrahim hukumnya haram kita lantik sebagai khalifah untuk pimpin keseluruhan umat islam di tanahair yang tercinta ini.
“Sesungguhnya, saya amat yakin dengan takdir Illahi; Anwar Ibrahim hanya layak menjadi ‘PM Menanti’ saja selepas era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Ameen,” katanya.
Khairuddin kemudian mengulangi, hanya dua kaedah saja untuk membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri, iaitu:
1. Anwar mempersembahkan senarai ahli-ahli parlimen yang menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya cukup jumlah sokongannya, atau
2. Anwar membawa usul undi tidak percaya keatas Mahathir seandainya dia yakin sokongan ahli-ahli dewan rakyat mencukupi untuk menyokong hasratnya.
Khairuddin turut mengulangi bahawa kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak terikat oleh sebarang keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang tidak termaktub di dalam perlembagaan.
“Saya ingin nasihat Anwar serta kuncu-kuncunya agar ‘jangan bermimpi di siang hari,’ Anwar hanya akan jadi PM8 sekiranya ‘kucing tumbuh tanduk.’
“Selagi ‘kucing tak tumbuh tanduk, maka selagi itulah anwar ibrahim tidak akan direstui oleh Allah swt untuk menjadi PM8.”
