Khairuddin isytihar letak jawatan penyelaras parlimen Jasin, keluar Pakatan Harapan berkuat kuasa serta merta

Khairuddin berkata Anwar tidak akan mampu mengemudi Pakatan Harapan. Menurut Khairuddin, buktinya ialah kehancuran yang kini melanda PKR disebabkan ketidakyakinan ramai pemimpin dan ahli parti terhadap kepimpinan Anwar. Sumber (gambar): TTF

خير الدين اشتهار لتق جاوتن ڤڽلارس ڤرليمين جاسين، كلوار ڤاكتن هارڤن بركوات كواس سرتا مرتا

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebentar tadi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Harapan dan letak jawatan sebagai penyelaras parlimen Jasin.

Ketika dihubungi, Khairuddin memberitahu, keputusannya adalah berkuatkuasa serta merta atas dasar prinsip, di mana beliau tidak ingin bernaung di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai ‘pemimpin berpenyakit’.

“Parti sendiri pun Anwar Ibrahim tidak mampu untuk memimpin apatah lagi nak pimpin gagasan PH yang lebih besar.

“PH akan hancur di bawah kepimpinan beliau, jangan mimpi PH akan mampu untuk memenangi pilihanraya umum lagi bagi membentuk kerajaan pusat sepertimana pada pru14 yang lepas.

“Ianya hanya akan menjadi bahan sejarah semata-mata dan PH akan terkubur buat selama-lamanya dalam sedikit masa lagi.


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebentar tadi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Harapan dan letak jawatan sebagai penyelaras parlimen Jasin.

Ketika dihubungi, Khairuddin memberitahu, keputusannya adalah berkuatkuasa serta merta atas dasar prinsip, di mana beliau tidak ingin bernaung di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai ‘pemimpin berpenyakit’.




“Saya sama sekali tidak akan bernaung dan berjuang untuk menobatkan ‘pemimpin yang fasiq dan berpenyakit’ seperti Anwar Ibrahim untuk jadi PM9.

“Keseluruhan bangsa melayu dan umat islam di negara kita harus tolak anwar ibrahim daripada menjadi khalifah utama kita.

“Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi oleh Anwar Ibrahim, dia seorang manusia yang ‘fasiq’ dan ‘hipokrit’.”

Khairuddin kemudian merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada presiden dan kepimpinan tertinggi parti Amanah yang meletakkan kepercayaan kepadanya untuk bertanding di kerusi parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan presiden parti Amanah untuk menzahirkan keputusan bagi menyerahkan balik kerusi parlimen Jasin seterusnya meletakkan jawatan selaku penyelaras parlimen jasin berkuat-kuasa serta merta.

“Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tiada terhingga kepada presiden serta keseluruhan kepimpinan tertinggi parti yang telah meluluskan keahlian saya menganggotai parti ini pada suatu masa dahulu.

“Ketika berjuang di bawah platform parti Amanah telah meninggalkan pelbagai pengalaman manis kerana parti ini amat berdisiplin, ikhlas sesama sahabat dan keseluruhan pemimpin-pemimpinnya baik-baik belaka.

Loading...

“Secara jujur dan ikhlas saya amat menyayangi semua kepimpinan tertinggi parti Amanah khususnya presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota tertinggi parti in.Kalangan ini adalah para pejuang yang amat gigih.

“Hanya Allah swt saja yang dapat membalas budi baik seluruh pemimpin-pemimpin parti Amanah yang banyak membantu, mengacukan kareer politik serta membimbing saya di saat bertanding dan menjawat jawatan penyelaras parlimen Jasin,” katanya.

Khairuddin menegaskan, beliau perlu berpegang pada prinsip politik dan agama yang sama sekali tidak membenarkannya bernaung di bawah kepimpinan Pakatan Harapan yang kini dipengerusikan oleh Anwar.

“Kini, saya ingin lihat berapa jauh PH boleh pergi di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim. Pada hakikatnya, beliau tidak lagi relevan dalam lanskap politik tanahair.

“Kadang-kala kita mampu untuk menipu sesama manusia tetapi dalam masa yang sama kita tidak akan berjaya untuk membohongi Allah swt.

“Apapun situasinya, sebagai hamba Allah swt kita tak perlu risau kerana Dia Maha Mengetahui.

“Secara jujur dan ikhlas, akhirnya rakyat secara total akan mengetahui secara lebih jelas siapa itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

“Dalam masa yang sama, saya ingin menyeru pada semua pemimpin-pemimpin PH yang luhur dan berprinsip untuk tinggalkan PH secara beramai-ramai serta jangan sama sekali kita sokong pemimpin ‘fasiq’ serta ‘hipokrit’ macam Anwar Ibrahim.”

Khairuddin mengakhiri kenyataannya dengan berkata Anwar tidak akan mampu mengemudi Pakatan Harapan.

Menurut Khairuddin, buktinya ialah kehancuran yang kini melanda PKR disebabkan ketidakyakinan ramai pemimpin dan ahli parti terhadap kepimpinan Anwar.

“Dia hanya ‘syok sendiri’ dan tidak akan dapat memimpin PH ke tahap yang memberangsangkan. Parti PKR itu sendiri kini bermasalah dan berpecah di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.

“Parti sendiri pun Anwar Ibrahim tidak mampu untuk memimpin apatah lagi nak pimpin gagasan PH yang lebih besar.

“PH akan hancur di bawah kepimpinan beliau, jangan mimpi PH akan mampu untuk memenangi pilihanraya umum lagi bagi membentuk kerajaan pusat sepertimana pada pru14 yang lepas.

“Ianya hanya akan menjadi bahan sejarah semata-mata dan PH akan terkubur buat selama-lamanya dalam sedikit masa lagi.

“PH bukan lagi platform yang sesuai untuk kita berjuang bagi selamatkan negara kerana pengerusi masakini pun seorang pemimpin yang tidak selamat untuk kita semua.

“Hanya ‘orang gila’ saja yang sanggup bernaung serta berjuang di bawah kepimpinannya. Allah swt tidak akan memberkati sesiapa saja yang menyokong pemimpin ‘songsang’ dan ‘berpenyakit’.

“Seandainya kita hendak selamatkan negara; tolaklah Anwar Ibrahim secara total dan jangan sama sekali mengizinkan beliau untuk jadi perdana menteri Malaysia.

“Bangsa, agama dan tanahair akan hancur jika Anwar Ibrahim menjadi pemimpin utama kita. Yakinilah…”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...