
خير الدين: جاڠن اوڬوت ساي، اين بوكن نڬارا ءكوبوءيء
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membidas sikap NGO “Anak Bangsa Johor” kerana membuat laporan polis terhadapnya.
Khairuddin memberitahu TTF bahawa NGO berkenaan harus tahu perangainya yang akan menegur sesiapa sahaja yang kurang ajar.
Menurut Khairuddin, beliau tidak takut pada tekanan yang diberikan oleh NGO berkenaan kerana sudah biasa “masuk keluar lokap.”
“Tanpa pengorbanan yang luhur serta ikhlas, maka kurang lengkaplah sesuatu perjuangan itu. Perkataan ‘takut’ tidak wujud di dalam kamus saya. Jadi tolong jangan ugut saya.”
SUBBANG JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membidas sikap NGO “Anak Bangsa Johor” kerana membuat laporan polis terhadapnya.
Khairuddin memberitahu TTF bahawa NGO berkenaan harus tahu perangainya yang akan menegur sesiapa sahaja yang kurang ajar.
“Mereka boleh buat berapa banyak laporan polis yang mereka mahukan. Saya bukan ‘bacul’ dan akan tetap pegang pada prinsip ‘berani kerana benar’.
“Ini bukanlah negara ‘koboi’, negara kita ini mempunyai undang-undang serta perlembagaan,” katanya.
Jumaat lalu (6hb Mac 2020), NGO tersebut membuat laporan polis atas dakwaan Khairuddin bersikap biadap, kurang ajar dan melampaui batas serta sering mencabar kedudukan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Menurut Khairuddin, beliau tidak takut pada tekanan yang diberikan oleh NGO berkenaan kerana sudah biasa “masuk keluar lokap.”
“Dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran; saya akan tetap utuh berpegang pada prinsip kebenaran.
“Tanpa pengorbanan yang luhur serta ikhlas, maka kurang lengkaplah sesuatu perjuangan itu.
“Perkataan ‘takut’ tidak wujud di dalam kamus saya. Jadi tolong jangan ugut saya.”
“Sebesar ‘zarah’ pun saya tidak takut dengan kembalinya kerajaan terdahulu, mereka semua hanya terletak di bawah tapak kaki saya saja.”
THE THIRD FORCE
