Khairuddin: Kenyataan terkini Senator Zahid Md Arip tahap budak sekolah rendah

Menurutnya, sikap senator seperti Zahid mampu merendahkan martabat Dewan Negara yang seharusnya menjadi saluran perdebatan serta perbincangan akademik yang terulung melibatkan “minda-minda terbaik” yang arif tentang situasi politik dan sosio-ekonomi semasa. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: كڽاتأن تركيني سناتور زاهيد مد اريڤ تاهڤ بودق سكوله رنده

Tindakan melantik seorang yang tidak berpelajaran seperti Zahid Md Arip sebagai Senator Dewan Negara hanya akan merugikan rakyat Malaysia kerana Dewan Negara seharusnya terdiri daripada mereka yang berpelajaran, cemerlang atau berbakti kepada bangsa dan negara.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ketika ditanya berkenaan cadangan Zahid terkini agar Sri Perdana diiktiraf seperti White House di Washington DC.

Khairuddin berkata, Zahid gagal memberi prioriti kepada isu-isu yang harus diberi keutamaan seperti kesempitan dalam kehidupan sebilangan besar rakyat Malaysia tatkala wabak Covid-19 melanda dan lebih menumpu kepada isu-isu populis yang bersifat “bodek kerajaan.”

“Ekonomi sedang merosot dan kerajaan tak ada duit maka buat masakini kita kena berjimat cermat. Zahid Mat Arip pula sibuk buat perbandingan sebuah kuasa dunia dengan kita yang kerdil ini.

“Saya tak faham bagaimana senator ini boleh berkata-kata seperti budak sekolah rendah bahawasanya Sri Perdana boleh jadi Gajah Putih sekiranya tidak dinaikkan taraf seperti White House?

“Setahu saya, kemudahan dan infra struktur kompleks Sri Perdana amat baik. Apa yang susah sangat?”


PETALING JAYA: Tindakan melantik seorang yang tidak berpelajaran seperti Zahid Md Arip sebagai Senator Dewan Negara hanya akan merugikan rakyat Malaysia kerana Dewan Negara seharusnya terdiri daripada mereka yang berpelajaran, cemerlang atau berbakti kepada bangsa dan negara.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ketika ditanya berkenaan cadangan Zahid terkini agar Sri Perdana diiktiraf seperti White House di Washington DC.




Khairuddin berkata, Zahid gagal memberi prioriti kepada isu-isu yang harus diberi keutamaan seperti kesempitan dalam kehidupan sebilangan besar rakyat Malaysia tatkala wabak Covid-19 melanda dan lebih menumpu kepada isu-isu populis yang bersifat “bodek kerajaan.”

“Inilah akibatnya jika kita melantik seorang senator yang tak berpelajaran serta haprak untuk melontarkan buah fikiran di Dewan Negara.

“Kalau tak ada idea sekalipun cakaplah mengenai isu semasa khususnya pandemik Covid19 bagaimana hendak ‘educate’ rakyat bagi memeranginya untuk menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan.

“Kerajaan ‘tebuk atap’ atau ‘pintu belakang’ pada hari ini sedang mengalami masalah kengkangan kewangan. Penambahan kos perbelanjaan kerajaan mungkin boleh mufliskan negara kita.

“Sebagai seorang senator lontarkanlah buah pemikiran kearah untuk membantu pihak kerajaan, rakyat serta negara mengurangkan kos perbelanjaan demi untuk menjaminkan survival kesejahteraan keseluruhan rakyat jelata.

“Bayangkan, di saat kita menghadapi cabaran pandemik Covid19 yang telah memberi kesan mendalam terhadap ekonomi negara, seorang senator haprak boleh mencadangkan untuk menaiktaraf Sri Perdana seperti White House di Washington DC,” kata Khairuddin.

Menurutnya, sikap senator seperti Zahid mampu merendahkan martabat Dewan Negara yang seharusnya menjadi saluran perdebatan serta perbincangan akademik yang terulung melibatkan “minda-minda terbaik” yang arif tentang situasi politik dan sosio-ekonomi semasa.

Loading...

“Nak pamerkan imej lebih penting atau nak beri tumpun kepada usaha menjaminkan kesejahteraan penghidupan rakyat jelata terlebih dahulu?

“Ekonomi sedang merosot dan kerajaan tak ada duit maka buat masakini kita kena berjimat cermat. Zahid Mat Arip pula sibuk buat perbandingan sebuah kuasa dunia dengan kita yang kerdil ini.

“Saya tak faham bagaimana senator ini boleh berkata-kata seperti budak sekolah rendah bahawasanya Sri Perdana boleh jadi Gajah Putih sekiranya tidak dinaikkan taraf seperti White House?

“Setahu saya, kemudahan dan infra struktur kompleks Sri Perdana amat baik. Apa yang susah sangat?

“Semua program-program kerajaan anjurlah di Sri Perdana. Tak perlu dan jangan sewa hotel lagi untuk mengajurkan majlis kerajaan!! Ini akan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan.

“Daya kreativiti serta pentadbiran secara inovatif boleh menjadikan kompleks Sri Perdana menjadi ‘vibrant’ seterusnya kos effektif buat kerajaan.

“Sudah ada kompleks bertaraf antarabangsa tetapi tak tahu bagaimana nak menjanakan pendapatan serta jimatkan kos kerajaan; tak tahulah nak kata apa lagi.

“Percambahan program-program kerajaan dan penggunaan kemudahan kompleks Sri Perdana secara optima akan menjaminkan dana kerajaan akan berjaya dijimatkan ketahap maksima.

“Aktiviti-aktiviti yang ‘vibrant’ seperti ini cukup untuk menjaminkan kompleks Sri Perdana itu menjadi ‘viable’ tanpa perlu menaikkan taraf seperti White House di Washington DC.

“Idea senator ini adalah budaya untuk menghabiskan dana kerajaan di samping mereka boleh merompak duit rakyat sedikit sebanyak melalui keujudan projek-projek sedemikian rupa.

“Secara jujur dan ikhlas saya ingin nasihati zahid md arip yang haprak ini agar duduk diam-diam dulu serta belajar melontar kan buah pemikiran yang bernas terlebih dahulu.

“Jangan nak lagak pandai tetapi pada hakikatnya bangang!

“Tak perlu bercakap untuk buatkan rakyat menyampah serta marah yang akhirnya akan cepat menumbangkan kerajaan ‘tebuk atap’.

“Namun, kita harus galakkan manusia bangang macam Zahid Md Arip bercakap lebih agar ianya akan memudahkan kerja-kerja kearah menumbangkan kerajaan ‘pintu belakang’ ini.

“Kebodohan, kedunguan dan kebangangan zahid md arip harus diakhiri juga dengan ucapan terima kasih kerana pada hakikatnya manusia bodoh ini sedang membantu kita.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...