Khairuddin: Kenyataan Wan Azizah mampu kuburkan terus Pakatan Harapan tanpa batu nesan

Khairuddin mengulangi kenyataannya bahawa Anwar merupakan seorang ‘berpenyakit’ yang tidak boleh mentadbir negara kerana rakus kuasa semata-mata. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: كڽاتأن وان عزيزه اكن قبوركن تروس ڤاكتن هارڤن تنڤا باتو نيسن

Kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai Pakatan Harapan sekiranya gabungan berkenaan kembali berkuasa bagaikan ‘menangguk di air yang keroh’.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berkata kenyataan isteri kepada Anwar itu hanya akan menguatkan lagi kedudukan kerajaan baru kerana Anwar sudah tidak lagi relevan.

“Kita semua sedia maklum perkembangan mutalhir politik negara jadi begini kerana rakyat dan pemimpin-pemimpin politik tidak mahu Anwar Ibrahim jadi PM8.

 “Tiba-tiba, Wan Azizah boleh mengeluarkan kenyataan untuk memertabatkan suaminya sebagai PM9. Maka sudah pastilah kenyataan ini akan terus menguburkan PH tanpa batu nesan buat selamanya.”


SUBANG JAYA: Kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai Pakatan Harapan sekiranya gabungan berkenaan kembali berkuasa bagaikan ‘menangguk di air yang keroh’.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berkata kenyataan isteri kepada Anwar itu hanya akan menguatkan lagi kedudukan kerajaan baru kerana Anwar sudah tidak lagi relevan.




“Pemmpin-pemimpin dari Perikatan Nasional menubhkan kerajaan baru adalah kerana mereka semua tidak suka, tidak mempercayai, tidak yakin dan tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM8.

“Majoriti rakyat jelata juga tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM8 kerana keseluruhan warganegara Malaysia sudah tahu perangai serta sifat buruk Anwar Ibrahim.

“Jadi pelik lah kenyataan Wan Azizah,” katanya.

Khairuddin mengulangi kenyataannya bahawa Anwar merupakan seorang ‘berpenyakit’ yang tidak boleh mentadbir negara kerana rakus kuasa semata-mata.

“Anwar Ibrahim hanyalah seorang yang ‘pakar baling batu sorok tangan’ dan hanya pandai main
politik ‘pecah serta perintah’ saja.

“Ini saja kaedah yang Anwar Ibrahim tahu untuk berpaut pada kuasa buat aelamanya.

“Kita semua sedia maklum perkembangan mutalhir politik negara jadi begini kerana rakyat dan pemimpin-pemimpin politik tidak mahu Anwar Ibrahim jadi PM8.

Loading...

“Tiba-tiba, Wan Azizah boleh mengeluarkan kenyataan untuk memertabatkan suaminya sebagai PM9.

“Maka sudah pastilah kenyataan ini akan terus menguburkan PH tanpa batu nesan buat selamanya.”

Khairuddin mengakhiri kenyataannya dengan menasihati Wan Azizah sekeluarga dan para penyokong mereka agar berpijak di bumi yang nyata.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...