Khairuddin: Keputuan Mahkamah bukti Mahathir tidak buat tuduhan palsu terhadap Najib

Menurut Khairuddin, perbicaraan Najib dilakukan dengan adil dan dilihat memihak kepada kebenaran. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: كڤوتوان محكمه بوقتي محضير تيدق بوات تودوهن ڤلسو ترهادڤ نجيب

Datuk Seri Najib Tun Razak harus menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka dan akur dengan institusi kehakiman negara yang telah memastikan agar kes SRC beliau dibicarakan secara telus, adil serta saksama.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, yang turut menasihatkan penyokong-penyokong Najib agar menerima keputusan mahkamah, lebih-lebih lagi memandangkan ianya dibuat di bawah pentadbiran Perikatan Nasonal yang turut disokong oleh Najib.

“Jangan lupa, pentadbiran ini telah melantik Peguam Negara yang baharu setelah ramai membuat dakwaan-dakwaan yang bukan-bukan terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

“Jadi tidak timbul juga dakwaan ada unsur-unsur ‘luaran’ atau ‘tangan ghaib’ yang mempengaruhi kes ini. Sebab itu saya selalu nyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran.”


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak harus menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka dan akur dengan institusi kehakiman negara yang telah memastikan agar kes SRC beliau dibicarakan secara telus, adil serta saksama.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, yang turut menasihatkan penyokong-penyokong Najib agar menerima keputusan mahkamah, lebih-lebih lagi memandangkan ianya dibuat di bawah pentadbiran Perikatan Nasonal yang turut disokong oleh Najib.




“Najib Razak kini tidak lagi boleh nafi secara terbuka beliau tidak bersalah dan perlu menghormati saluran-saluran mahkamah dan keadilan yang betul sekiranya hendak merayu keputusan yang dicapai.

“Kumpulan penyokong Najib Razak tidak lagi boleh mendakwa tuduhan ke atas Najib Razak adalah bermotifkan politik atau ‘direka’ kerana keputusan mahkamah dibuat di bawah pentadbiran baharu yang disokong oleh Najib Razak sendiri.

“Jangan lupa, pentadbiran ini telah melantik Peguam Negara yang baharu setelah ramai membuat dakwaan-dakwaan yang bukan-bukan terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

“Jadi tidak timbul juga dakwaan ada unsur-unsur ‘luaran’ atau ‘tangan ghaib’ yang mempengaruhi kes ini.

“Saya yakin Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mencapai keputusan setelah membuat pertimbangan yang terperinci dengan mengambil kira keterangan semua saksi serta penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan,” kata Khairuddin.

Beliau kemudian merujuk kepada penangkapannya berkaitan kes 1MDB semata-mata kerana beliau membuat laporan-laporan polis di beberapa buah negara berhubung kes tersebut demi menegakkan kebenaran.

“Dalam kes 1MDB, saya telah ditangkap dan ditahan di bawah akta SOSMA serta merengkok dalam lokap selama dua minggu.

Loading...

“Kemudian saya pula dihantar ke penjara Sungai Buloh selama dua bulan tanpa bicara. Najib bernasib baik dibandingkan saya kerana diberi hak perbicaraan seadil-adilnya.

“Saya turut tidak berdendam dan berdoa agar Najib Razak akan terus insaf di atas segala kesalahannnya pada agama, bangsa dan negara,

“Pada hari ini saya amat bersyukur kerana Allah SWT telah menunjukkan kebenaran di atas segala perjuangan rakyat melawan rejim kleptokrasi pada satu masa dahulu.

“Kita keseluruhan rakyat Malaysia dapat melihat kesahihan wadah perjuangan kami melawan rejim kleptokrasi.

“Sebab itu saya selalu nyatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

“Cuma Muhyiddin Yassin saja yang sanggup buat ‘pusingan U’ untuk bekerjasama dengan rejim kleptokrasi demi untuk mencapai cita-cita rakusnya kearah menjawat jawatan perdana menteri.

“Ketahuilah, bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tetap konsisten lawan pemimpin-pemimpin kleptokrasi walaupun sampai hilang jawatan atau pangkat beliau.

“Inilah kekuatan iman serta kemantapan wadah perjuangan mulia Tun Dr Mahathir Mohamad lawan kemungkaran.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...