Khairuddin: Keputusan Mahathir, WARISAN jadi blok bebas tanpa Pakatan dapat reaksi positif majoriti ahli parlimen

Menurut Khairuddin, UMNO sedang mengambil kesempatan untuk membuli parti Bersatu dan gabungan lain di bawah Perikatan Nasional serta menggunakan platform Perikatan Nasional dan jentera kerajaan dengan cara terbaik mungkin bagi memantapkan persediaan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak. Sumber (gambar): TTF

خير الدين: كڤوتوسن محضير، واريثن جادي بلوك بيبس تنڤا ڤاكتن داڤت رياكسي ڤوسيتيف ماجوريتي اهلي ڤرليمين

Pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk menjadi blok bebas tanpa Pakatan Harapan mendapat reaksi amat positif daripada majority ahli-ahli parlimen.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berikrar untuk terus berjuang dengan Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal dan rakan-rakan lain.

“Sokongan terhadap blok bebas ini naik memuncak di kalangan ahli-ahli parlimen berprinsip termasuk golongan generasi muda.

“Saya sudah mula dihubungi oleh ramai rakan-rakan ahli parlimen yang telah memberi reaksi positif kerana mereka semakin tidak senang dengan gelagat angkuh segelintir daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang juga kelihatan sedang menyusun agenda kepentingan sendiri tanpa semangat penyatuan secara tulen dalam PN.”


PETALING JAYA: Pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk menjadi blok bebas tanpa Pakatan Harapan mendapat reaksi amat positif daripada majority ahli-ahli parlimen.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berikrar untuk terus berjuang dengan Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal dan rakan-rakan lain.




“Saya akan terus berjuang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal serta rakan-rakan lain yang kini telah mengujudkan satu dimensi baru wadah perjuangan blok bebas tanpa terikat dengan Pakatan Harapan.

“Sokongan terhadap blok bebas ini naik memuncak di kalangan ahli-ahli parlimen berprinsip termasuk golongan generasi muda.

“Reaksi mereka semua amat positif terhadap pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan mengujudkan satu blok bebas kini,” kata Khairuddin.

Menurutnya, keputusan Mahathir dan WARISAN kali ini amat tepat memandangkan blok bebas yang diwujudkan tidak akan mempunyai sebarang ikatan samada dengan Pakatan Harapan mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tanpa Anwar Ibrahim akan memudahkan gerak kerja bagi mendapatkan nombor yang mencukupi di kalangan ahli-ahli parlimen yang mula tidak selesa dengan konsep gabungan sementara kerajaan PN yang senantiasa ‘dibuli’ oleh parti UMNO mahupun golongan bermasalah yang kini menghadapi pelbagai tuduhan mahkamah.

“Senario lanskap politik tanahair dijangka akan berubah lagi dengan perkembangan terbaru ini.

“Saya sudah mula dihubungi oleh ramai rakan-rakan ahli parlimen yang telah memberi reaksi positif kerana mereka semakin tidak senang dengan gelagat angkuh segelintir daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang juga kelihatan sedang menyusun agenda kepentingan sendiri tanpa semangat penyatuan secara tulen dalam PN.”

Loading...

“Tambahan pula UMNO dan golongan bermasalah ini pernah ditentang oleh mereka pada suatu masa dahulu di atas pelbagai salahlaku jenayah.

“Realitinya, mereka dapatlah diibaratkan seperti ‘air dan minyak’ yang mustahil boleh bercampur atau bergabung secara tulen.

“Ramai daripada ahli-ahli parlimen mulai sedar bahawa gabungan di bawah PN merupakan satu platform sementara yang hanya membuka ruang kearah mengembalikan kekuatan kleptokrasi dan UMNO semata-mata.

“Sebab itu UMNO kini dilihat semakin angkuh ‘membuli’ parti Bersatu yang sedang menunjangi kerajaan PN atas dasar mereka mempunyai kerusi majoriti serta terbesar.

Menurut Khairuddin, UMNO sedang mengambil kesempatan untuk membuli parti Bersatu dan gabungan lain di bawah Perikatan Nasional serta menggunakan platform Perikatan Nasional dan jentera kerajaan dengan cara terbaik mungkin bagi memantapkan persediaan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

“Sampai masa ketika PRU15, UMNO pasti bercerai dengan PN kerana menganggap mereka popular kini dan boleh menang besar di bawah gabungan Muafakat Nasional.

“Malahan, secara terang- terang UMNO menyatakan mereka akan bersendirian pada PRU15 untuk bertanding di kesemua kerusi-kerusi tradisi yang pernah ditandingi mereka.

“Sikap angkuh UMNO dan beberapa golongan kleptokrats ini amat tidak menyenangi majoriti kalangan ahli-ahli parlimen berprinsip.

“Apa yang baik dengan perkembangan baru pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad dan WARISAN ialah gabungan dalam PH juga bakal berpecah untuk memihak pada barisan bebas ini.

“Rakyat di peringkat akar umbi juga mula tidak senang dengan bidang kehakiman di bawah kerajaan PN yang telah membebaskan beberapa orang tokoh-tokoh kleptokrat sejak kebelakangan ini.

“Ramai daripada ahli-ahli parlimen yang berprinsip sedang mempertimbangkan untuk mengujudkan satu barisan atau gabungan baru yang lebih tulen bagi mentadbir secara effektif kearah membina semula Malaysia Baharu demi kesejahteraan bangsa dan negara.

“Imej PN tidak baik dari kacamata rakyat akar umbi dan golongan pengundi atas pagar selagi kalangan bermasalah dari UMNO, khususnya yang menghadapi tuduhan jenayah, menganggotai kerajaan ini.

“Generasi muda yang bakal menjadi pengundi baru sejumlah hampir 8 juta orang juga tidak selesa dengan gabungan ‘rapuh’ PN yang merupakan hanya satu ikatan ‘marriage of convenient’ secara sementara semata-mata.”

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...