
خير الدين: كسيلاڤن ڤنچتورن محي الدين لتق ڤڤبم باوه تاڤق كاكي امنو
Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya merendahkan martabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskannya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membawa parti itu keluar dari Pakatan Harapan hanya untuk membenarkan UMNO memijak-mijak parti itu.
Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata PPBM kini tinggal serpihan parti asal susulan pengunduran hampir 80 peratus akar umbi, pemimpin bahagian dan cawangan yang menyokong penuh Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pimpinan Mahathir.
“Muhyiddin Yassin yang telah mempergunakan Tun Dr mahathir Mohamad serta beberapa lagi bekas tokoh-tokoh pemimpin PPBM semata-mata untuk menguatkan kedudukannya yang akhirnya juga telah mengkhianati bekas perdana menteri ke tujuh.
“Tetapi kini, semua dapat melihat pencapaian Muhyiddin Yassin yang hanya sekadar berjaya meletakkan PPBM bawah tapak kaki UMNO.”
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya merendahkan martabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskannya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membawa parti itu keluar dari Pakatan Harapan hanya untuk membenarkan UMNO memijak-mijak parti itu.
Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata PPBM kini tinggal serpihan parti asal susulan pengunduran hampir 80 peratus akar umbi, pemimpin bahagian dan cawangan yang menyokong penuh Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pimpinan Mahathir.
“Masakini, keseluruhan rakyat Malaysia dapat melihat betapa maruah Muhyiddin Yassin serta PPBM dipijak-pijak oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN.
“Tuhan sedang menunjukkan kifarah yang sedang ditanggung oleh Muhyiddin Yassin dan PPBM sehinggakan mereka terpaksa ‘melutut’ pada kemahuan umno serta BN.
“Muhyiddin Yassin yang telah mempergunakan Tun Dr mahathir Mohamad serta beberapa lagi bekas tokoh-tokoh pemimpin PPBM semata-mata untuk menguatkan kedudukannya yang akhirnya juga telah mengkhianati bekas perdana menteri ke tujuh.
“Tetapi kini, semua dapat melihat pencapaian Muhyiddin Yassin yang hanya sekadar berjaya meletakkan PPBM bawah tapak kaki UMNO.
“Semua tahu perjalanan politik Muhyiddin Yassin dan parti PPBM tidak akan selamat, cuma Muhyiddin Yassin sendiri yang sedang bermimpi di siang hari dan tidak sedar diri,” kata Khairuddin.
Menurutnya, Allah SWT sedang menutup ‘pintu hati’ dan ‘mata’ mereka yang tersalah pencaturan politik mereka sehingga mengkhianati mandate rakyat serta rakan seperjuangan atas kepentingan peribadi masing-masing.
“Semua yang sedang dipercaturkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang alami kesilapan secara berterusan.
“Kini, parti PPBM telah masuk perangkap UMNO dan BN yang kemungkinan besar boleh menumbangkan kerajaan ‘tebuk atap’ yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin.
“Pemimpin-pemimpin UMNO secara berterusan menghina dan memperlekehkan PPBM hampir setiap hari.
“Apa saja kehendak UMNO, Muhyiddin Yassin terpaksa ‘kow tow’ atau tunduk pada kemahuan pemimpin-pemimpin UMNO sehinggakan terpaksa terima kalangan kleptokrat yang beliau berikrar untuk hancurkan.
“Tapi kini dengan kuasa tuhan kita dapat lihat sendiri siapa yang menghancurkan siapa. Disebabkan oleh salah percaturan politik Muhyiddin Yassin sekarang parti PPBM sudah sangkut di segenap segi.
“Mereka hanya ‘syok sendiri’ menyatakan bahawa kedudukan mereka kuat serta popular tapi pada realitinya rakyat amat marah dengan pengkhianatan terhadap mandat rakyat pada pru14 yang lepas.
“Sama-sama kita lihat kelak mana-mana bekas pemimpin PH yang mengkhianati PH bakal kalah pada PRU15 nanti.
“Para pengundi akan menghukum setiap pengkhianatan mereka terhadap mandat rakyat pada pilihanraya umum yang lepas.
“PPBM dan Muhyiddin Yassin sedang kini menggali ‘liang lahat’ mereka sendiri dan semakin dalam galiannya hari demi hari.
“Insya-Allah dengan izin Allah swt kerajaan ‘tebuk atap’ atau kerajaan ‘pintu belakang’ ini bakal tumbang dalam sikit masa lagi serta sukar untuk buat ‘come back’ melalui PRU15 kerana rakyat malaysia amat bijak menilai seterusnya menghukum mereka secara total.
“Apakah ini balasan tuhan terhadap pengkhianatan Muhyiddin Yassin terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad serta keseluruhan rakyat Malaysia.
“Hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui dan Maha Adil.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
