Khairuddin: Langkah Sheraton ada hikmahnya, jangan sesekali pertikai kesetiaan saya terhadap Mahathir

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“‘Langkah Sheraton’ berlaku semata-mata untuk menyelamatkan negara dari dirampas oleh seorang ‘pemimpin berpenyakit’ yang penuh dengan muslihat ‘hipokrasi’ dan amat rakus kuasa. Dalam situasi ini, saya tetap ‘angkat topi’ pada Tan Sri Muhyiddin serta Dato Seri Azmin Ali bersama rakan-rakan yang lain bagi mempertahankan kepimpinan negara dari jatuh  ke tangan pemimpin yang ‘fasiq’”

Khairuddin Abu Hassan

Janganlah sesiapa mempertikaikan kesetiaan saya pada Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya adalah ‘staunch loyalist’ tokoh negarawan ini.

Demi perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan setakat masuk lokap dan penjara saja yang saya berani tempuhi, untuk korbankan jiwa saya pun sanggup lakukan.

Saya sanggup gadai nyawa demi Tun Dr Mahathir Mohamad.




Sesungguhnya, saya bukan seorang yang bersikap ‘retorikal’ tetapi jatidiri saya ialah ‘bertindak’ tanpa banyak bercakap.

Tokoh negarawan terulung yang dikasihi ini harus dimertabatkan kedudukannya di tempat yang paling mulia.

Memertabatkan kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad di singgahsana paling mulia kadang kala boleh dilakukan secara ‘musyuawarah’ tak semestinya memacu beliau untuk terus ‘berperang’.

Pintu rundingan dengan pemimpin-pemimpin PN masih terbuka luas. Sehingga kini pemimpin-pemimpin PN tidak pernah mencemuh dan memaki hamun Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seperti apa yang dilakukan oleh pengikut-pengikut Anwar Ibrahim.

Dalam isu ini saya akui kita tidak boleh terima mereka dari UMNO yang menghadapi pertuduhan mahkamah atau umno secara ‘en bloc’. Namun kedua-dua isu ini boleh diatasi melalui rundingan.

Pemimpin-pemimpin PN masih menghormati dan menyanjung tinggi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebab itu sehingga kini mereka masih merayu untuk berjumpa dengan beliau bagi mencari satu formula kearah untuk memertabatkan dirinya di tempat yang sewajarnya disamping terus main peranan bagi membina semula Malaysia baharu.

Loading...

Pendirian saya adalah kita harus berunding terlebih dahulu dengan pemimpin-pemimpin PN dan tidak mustahil kata sepakat boleh dicapai.

Musyuawarah secara ‘bersyarat’ boleh diadakan demi kebaikan masa depan bangsa serta negara.

Ada kalanya kita harus capai matlamat secara ‘berperang’ dan ada waktunya kita boleh capai matlamat hanya melalui ‘meja bulat’.

Jangan sama sekali kita mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad secara ‘berperang’ semata-mata.

Pada usia yang lanjut ini, kita harus membantu Tun Dr Mahathir Mohamad mencapai matlamat melalui ‘meja rundingan’ terlebih dahulu. Tidak salah sama sekali kita anjurkan rundingan secara bersyarat.

Marilah kita membantu Tun Dr Mahathir Mohamad secara ‘berunding’ terlebih dahulu, ini lebih afdal.

Di saat kita sedang menghadapi musibah penularan virus covid-19 yang sedang mengancam keselamatan rakyat; lebih elok dan afdal kita guna pendekatan ‘musyuawarah’ dari berbalah atas nama politik.

Di masa yang sama, saya ingin menjelaskan pendirian serta prinsip bahawa tetap tidak akan menerima Anwar iIrahim sebagai calon perdana menteri dalam PH.

Anwar Ibrahim adalah ‘manusia berpenyakit’ yang tidak layak untuk memimpin ummah, beliau tidak pernah ikhlas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya, PH kecundang adalah kerana  ‘backfire’ dari percaturan dan permainan politik kotor Anwar Ibrahim.

Beliau cuba ‘pressure’ Tun Dr Mahathir Mohamad untuk letak jawatan bagi membolehkannya ambil-alih teraju perdana menteri.

Malangnya, majoriti daripada ahli-ahli parlimen tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM8 yang akhirnya keseluruhan kerajaan PH tumbang. Kejatuhan PH adalah angkara Anwar Ibrahim dan pengikut-pengikut ‘bangangnya’.

Sudah sampai masanya kita amalkan politik matang.

Jangan lagi kita bebankan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ‘peperangan’ tetapi kita harus terus usaha melalui pintu rundingan bagi memertabatkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berada di singgahsana mulia yang sewajarnya untuk beliau.

Yakinilah, PH yang diterajui oleh Anwar Ibrahim akan menemui jalan buntu. Selagi Anwar Ibrahim ‘syok’ sendiri; selagi itulah PH tak akan ke mana pun.

Pemimpin-pemimpin PH harus berani bersuara menyatakan fakta ini secara jelas pada Anwar Ibrahim bahawa beliau sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik negara di alaf ini.

Jangan hanya hendak memperalatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mencapai kejayaan yang akhirnya Anwar Ibrahim serta pengikut-pengikut bangangnya akan ‘tikam belakang’ tokoh negarawan ini bagi mereka merampas kuasa.

Hakikatnya, ‘Langkah Sheraton’ berlaku semata-mata untuk menyelamatkan negara dari dirampas oleh seorang ‘pemimpin berpenyakit’ yang penuh dengan muslihat ‘hipokrasi’ dan amat rakus kuasa.

Dalam situasi ini, saya tetap ‘angkat topi’ pada Tan Sri Muhyiddin serta Dato Seri Azmin Ali bersama rakan-rakan yang lain bagi mempertahankan kepimpinan negara dari jatuh  ke tangan pemimpin yang ‘fasiq’.

Tetapi dalam masa yang sama PN tanpa kalangan pemimpin yang menghadapi pertuduhan mahkamah harus memertabatkan Tun Dr Mahathir Mohamad di tempat yang paling dihormati sebelum beliau melabuhkan ‘tirai penutup’ kareer politiknya.

Selagi ‘nyawa dikandung badan’ saya akan terus memperhambakan diri untuk Tun Dr Mahathir Mohamad walau di mana saja saya berada.

Setakat ini, syukur ke hadrat Allah swt kerana saya tidak pernah tinggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad, malah saya tetap akan teruskan daya usaha secara kecil-kecilan bagi membantu dan memperhambakan diri buat tun dr mahathir Mohamad.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...