Khairuddin: Lidah Zahid ‘bercabang sepuluh’, memang dia buat surat sokongan terhadap Anwar

Menurut Khairuddin, Zahid buat surat sokongan pada Anwar Ibrahim tanpa pengetahuan ramai pemimpin UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: ليده زاهيد ءبرچابڠ سڤولوهء، ميمڠ دي بوات سورت سوكوڠن ترهادڤ انور

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebentar tadi mengesahkan bahawa presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada membuat surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak UMNO tanpa pengetahuan pemimpin-pemimpin parti itu.

Menurut Khairuddin, Zahid hanya sekadar membuat penafian tetapi masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang medakwa beliau membuat surat sokongan itu.

Menurut Khairuddin lagi, dia yang membawa Zahid berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Pilihan Raya Umum ke-14 atas permintaan Zahid sendiri.

“Dalam perjumpaan tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad beri pelbagai nasihat baik serta ikhlas.

“Malangnya, Zahid Hamidi demi untuk menjaga kepentingan politik dia sanggup berbohong dan menipu keseluruhan rakyat. Inilah perangai buruk Zahid Hamidi!


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebentar tadi mengesahkan bahawa presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada membuat surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pihak UMNO tanpa pengetahuan pemimpin-pemimpin parti itu.

Menurut Khairuddin, Zahid hanya sekadar membuat penafian tetapi masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang medakwa beliau membuat surat sokongan itu.




“Tengok saja perangai Zahid Hamidi, dia buat surat sokongan pada Anwar Ibrahim tapi dalam masa yang sama ramai pemimpin-pemimpin UMNO tidak tahu menahu langsung.

“Akhirnya, bila pemimpin-pemimpin UMNO hidu perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu, Zahid Hamidi terus menafikan.

Tapi Zahid Hamidi tak ada otak. Katanya istana negara ada salinan surat sokongan tersebut yang juga sampai ke tangan perdana menteri kerajaan ‘tebuk atap,” katanya.

Menurut Khairuddin lagi, dia yang membawa Zahid berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Pilihan Raya Umum ke-14 atas permintaan Zahid sendiri.

“Dalam perjumpaan tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad beri pelbagai nasihat baik serta ikhlas.

“Malangnya, Zahid Hamidi demi untuk menjaga kepentingan politik dia sanggup berbohong dan menipu keseluruhan rakyat. Inilah perangai buruk Zahid Hamidi!

“Saya sudah lama katakan jangan sama sekali percaya pada Zahid Hamidi. Dia adalah seorang manusia yang kita tidak boleh percayai sama sekali.

Loading...

“Dalam ertikata lain, dia ‘kaki penipu’ nombor satu. Hari ini dia kata lain dan esok akan cakap lain pula. Lidah Zahid Hamidi bukan ‘bercabang dua’ tapi ‘bercabang sepuluh’.

“Sebab itu Zahid Hamidi boleh ‘ngam’ dengan Anwar Ibrahim. Zahid hamidi dan Anwar Ibrahim sebenarnya sama-sama ‘berpenyakit’. Mereka berdua adalah ‘dua kali lima’.

“Keseluruhan rakyat Malaysia harus menolak pemimpin korup semacam Zahid Hamidi ini, pemimpin-pemimpin politik yang seperti inilah yang bakal terus mengganggu-gugat kestabilan politik negara kita.

“Kalangan seperti Zahid Hamidi tidak mempunyai jati-diri yang baik, korup, kaki penipu serta rakus kuasa.

“Keujudan mereka juga mereka ini hanyalah memudaratkan bangsa, agama serta tanahair.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...