Khairuddin: Mahathir setuju tak setuju, kami pasti lonjakkan Mukhriz ke tahap tertinggi dalam politik tanah air

Menurut Khairuddin, bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin lonjakkan anaknya ke tahap tinggi tetapi akar umbi PEJUANG yang percayakan cara urus tadbir Mukhriz dalam parti dan juga di negeri Kedah. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: محضير ستوجو تق ستوجو، كامي ڤستي لونجقكن مخريز ك تاهڤ ترتيڠڬي دالم ڤوليتيك تانه اير

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini berikrar akan bekerja keras dengan seluruh jentera, akar umbi dan pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk melonjakkan presiden parti Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke “tahap tertinggi dalam lanskap politik tanah air.”

Merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairuddin berkata, bekas Perdana Menteri itu gemar mencipta fakta yang dilihat berubah dari masa ke semasa sekadar untuk “menegakkan benarng yang basah.”

“Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sekali-kali akan mengizinkan anak beliau diangkat ke tahap yang paling tinggi selagi hayatnya masih dikandung badan.

“Tetapi untuk pengetahuan Najib Razak, samada Tun Dr Mahathir izinkan atau tidak, Dato Seri Mukhriz akan tetap dinobatkan ke peringkat tertinggi dalam politik tanah air; kami berikrar selepas ini untuk memertabatkan kedudukan anak Tun Dr Mahathir Mohamad ini ke tahap tertinggi.”


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini berikrar akan bekerja keras dengan seluruh jentera, akar umbi dan pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk melonjakkan presiden parti Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke “tahap tertinggi dalam lanskap politik tanah air.”

Merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairuddin berkata, bekas Perdana Menteri itu gemar mencipta fakta yang dilihat berubah dari masa ke semasa sekadar untuk “menegakkan benarng yang basah.”




“Najib Razak adalah ‘kaki penipu’ serta ‘kaki putar alam’ nombor satu negara. Hari ini dia cakap lain, esok cerita lain pula.

“Begitu juga dalam kamar mahkamah cakap lain, di luar temberang lain pula.

“Fakta ciptaan Najib Razak berubah-ubah setiap hari kerana pembohongannya terlalu banyak hingga beliau lupa temberangnya yang lepas,” dakwa Khairuddin.

Menurut Khairuddin, bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin lonjakkan anaknya ke tahap tinggi tetapi akar umbi PEJUANG yang percayakan cara urus tadbir Mukhriz dalam parti dan juga di negeri Kedah.

“Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sekali-kali akan mengizinkan anak beliau diangkat ke tahap yang paling tinggi selagi hayatnya masih dikandung badan.

“Tetapi untuk pengetahuan Najib Razak, samada Tun Dr Mahathir izinkan atau tidak, Dato Seri Mukhriz akan tetap dinobatkan ke peringkat tertinggi dalam politik tanah air; kami berikrar selepas ini untuk memertabatkan kedudukan anak Tun Dr Mahathir Mohamad ini ke tahap tertinggi.

“Dalam politik, adalah sesuatu yang lumrah bagi seseorang yang berwibawa naik tinggi dalam lanskap politik tanahair tidak kira samada beliau anak tokoh pemimpin negara atau tidak.

Loading...

“Secara jujurnya, Tun Dr Mahathir Mohamad selalu berkata kepada diri saya bahawa seandainya beliau masih hidup, beliau tidak mahu melihat anaknya diangkat ke tahap tertinggi dalam sistem politik Malaysia.

“Namun, bagi saya, samada Tun Dr Mahathir Mohamad menghalang cita-cita kami kearah melonjakkan Dato Seri Mukhriz ke tahap tertinggi ataupun tidak, rakan-rakan seperjuangan telah sepakat bahawa kami akan tetap meneruskan agenda ini.

“Mana boleh disekat-sekat. Seandainya sokongan Dato Seri Mukhriz ramai tang mahukan beliau jadi Perdana Menteri sekalipun maka semua pihak harus hormati keputusan tersebut.

“Apabila kita berada dalam arena politik kita bukan lagi hanya milik keluarga sahaja tetapi pada waktu itu kita sudah menjadi milik bangsa serta negara.

“Kita perlu hormati dan akur kehendak majoriti rakyat dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem politik ala demokrasi.

“Dalam negara yang mengamalkan sistem politik berteraskan demokrasi, Tun Dr Mahathir Mohamad pun terpaksa akur pada kehendak majoriti rakyat yang mahu mengangkat Dato Seri Mukhriz ke tahap tertinggi.

“Ini adalah kerana Dato Seri Mukhriz juga milik bangsa serta negara, bukan hanya milik keluarganya. Jadi Najib Razak tolong jangan campuri urusan politik kami.

“Pengkhianat nombor satu negara yang terbukti mencuri khazanah kerajaan serta duit rakyat tolong duduk diam-diam cukuplah.

“Sesungguhnya, manusia yang bernama Najib Razak ini sudah tidak dipercayai dan tidak laku lagi di negara ini.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...