Khairuddin: Majlis Raja-Raja harus nasihati Tengku Mahkota Johor jangan campuri hal-ehwal politik

Menurut Khairuddin, kata-kata TMJ sebagai ahli kerabat diraja kurang sopan, lebih-lebih lagi memandangkan ianya dilihat merujuk secara tidak langsung kepada Tun Dr Mahathir Mohamad susulan keputusan beliau menubuhkan parti baharu. Sumber (gambaR): Fail TTF

خير الدين: مجليس راج-راج هاروس نصيحتي تڠكو مهكوتا جوهر جاڠن چمڤوري حال-إيهول ڤوليتيك

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menegur Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail Tengku Ibrahim agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara dan elak gunakan istilah-istilah yang mampu menimbulkan kegusaran rakyat.

Ini susulan kenyataan Tengku Ismail di laman Instagram miliknya bahawa di saat negara ketika ini memerlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, terdapat pula kumpulan yang gilakan kuasa.

Khairuddin menambah, Tengku Ismail seharusnya mencontohi Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tengku Razaleigh Hamzah yang secara terbuka membuat keputusan untuk berkecimpung dalam dunia politik jika itu yang dimahukan Tengku Ismail.

“Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya menegur sikap TMJ yang sering kali suka membuat kenyataan-kenyataan politik dan secara tidak langsung mencampuri bidang yang pihak istana tidak boleh masuk campur.”


PETALING JAYA: Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menegur Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail Tengku Ibrahim agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara dan elak gunakan istilah-istilah yang mampu menimbulkan kegusaran rakyat.

Ini susulan kenyataan Tengku Ismail di laman Instagram miliknya bahawa di saat negara ketika ini memerlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, terdapat pula kumpulan yang gilakan kuasa.




Tengku Ismail kemudian berkata, “Semua dah kaya raya tetapi masih gila kuasa. Ada juga aku ‘backhand’ seorang-seorang.”

Menurut Khairuddin, ini adalah kata-kata yang kurang sopan yang dikeluarkan oleh seorang daripada kalangan kerabat diraja, lebih-lebih lagi memandangkan ianya dilihat merujuk secara tidak langsung kepada Tun Dr Mahathir Mohamad susulan keputusan beliau menubuhkan parti baharu.

“Saya harap TMJ berdisiplin untuk tidak mencampuri hal ehwal politik negara.Adalah sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan negara untuk beliau mencampuri mengenai isu-isu politik.

“Takkan TMJ tak faham perlembagaan, sungguh tidak tepat serta tidak molek untuk TMJ berterusan membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur politik,” kata Khairuddin.

Beliau menambah, Tengku Ismail seharusnya mencontohi Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tengku Razaleigh Hamzah yang secara terbuka membuat keputusan untuk berkecimpung dalam dunia politik jika itu yang dimahukan Tengku Ismail.

“Untuk pengetahuan TMJ, apa yang kami sedang usahakan ini adalah untuk stabilkan politik negara seterusnya membina Malaysia Baharu demi untuk kesejahteraan masa depan negara.

“Kami sedang lawan semula unsur-unsur kleptokrasi yang sedang kembali dalam senario politik mutakhir tanahair.

Loading...

“Budaya kleptokrasi wajib ditentang secara total dan tidak boleh dibiar untuk berakar semula.

“Jika ini berlaku semula keseluruhan intitusi kenegaraan akan runtuh. Perjuangan kami adalah untuk menentang apa saja bentuk salahlaku yang dilakukan tak kira oleh sesiapa pun.

“Sesiapa pun tak perlu ajar kami dalam hal ehwal politik!! Sesungguhnya, kami adalah para pejuang tulen yang ingin selamatkan negara kita yang tercinta ini.

“Majlis Raja-Raja Melayu seharusnya menegur sikap TMJ yang sering kali suka membuat kenyataan-kenyataan politik dan secara tidak langsung mencampuri bidang yang pihak istana tidak boleh masuk campur.

“Apa pun komen TMJ pada realitinya tidak terkesan langsung pada kami. Insya-Allah dengan izin Allah swt kami akan teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi masa depan bangsa serta negara.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...