Khairuddin: Mohon PDRM jelaskan tindakan polis iringi Najib ke kempen Slim

Khairuddin berkata, walaupun pihak Najib sedang merayu keputusan mahkamah, berdasarkan apa yang telah diputuskan, beliau dikategorikan sebagai penjenayah buat masa ini. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: موهون ڤدرم جلسكن تيندقن ايريڠي نجيب ك كيمڤين سليم

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mempersoal tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berkempen di kawasan Dewan Undangan Negeri Slim.

Menurut bekas penyelaras parlimen Jasin itu, Najib, yang tidak menjawat sebarang jawatan rasmi dalam parti atau kerajaan dan baru sahaja dijatuhkan hukuman penjara serta denda RM210 juta, harus diberi layanan serupa dengan rakyat biasa dan bukannya sebagai seorang “VIP.”

“Najib Tun Razak kini adalah seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Jadi saya memohon agar pihak PDRM memberi sedikit pencerahan mengenai isu ini dan kedudukannya serta hak Najib Razak menurut peruntukan yang sedia ada dalam perlembagaan persekutuan.”


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mempersoal tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi bekas Perdana Menteri Datuk Seri NAjib Tun Razak untuk berkempen di kawasan Dewan Undangan Negeri Slim.

Menurut bekas penyelaras parlimen Jasin itu, Najib, yang tidak menjawat sebarang jawatan rasmi dalam parti atau kerajaan dan baru sahaja dijatuhkan hukuman penjara serta denda RM210 juta, harus diberi layanan serupa dengan rakyat biasa dan bukannya sebagai seorang “VIP.”




“Apa keistimewaan Najib Razak yang baru dijatuhkan hukuman denda RM210 juta serta penjara 12 tahun di ‘escort’ oleh dua kereta pdrm untuk berkempen di PRK Slim?

“Rakyat jelata ingin mengetahui hak Najib Tun Razak dari segi perlembagaan samada dia berhak terima keistimewaan itu ataupun tidak.

“Dulu Najib Tun Razak telah menarik balik khidmat juru iring polis semata-mata kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sependapat lagi dengan dia dalam politik.

“Waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad hanya lawan kleptokrasi dan tidak pernah terlibat dengan kesalahan jenayah apa pun,” katanya.

Khairuddin menambah, walaupun pihak Najib sedang merayu keputusan mahkamah, berdasarkan apa yang telah diputuskan, beliau dikategorikan sebagai penjenayah buat masa ini.

“Najib Tun Razak kini adalah seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Jadi saya memohon agar pihak PDRM memberi sedikit pencerahan mengenai isu ini dan kedudukannya serta hak Najib Razak menurut peruntukan yang sedia ada dalam perlembagaan persekutuan.”

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...