
خير الدين: محي الدين عالمي ككالاهن مورل دان ايتيكا تروق، ڤرلو سڬرا لتق جاوتن
Keputusan pengundian terhadap usul mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat telah memberi satu suntikan baru kepada blok “Kuasa Ketiga” untuk terus berusaha menumbangkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional yang rapuh dan tidak popular sehingga kini.
Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang menyifatkan undi yang diperolehi oleh blok kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu kekalahan moral dan harus disusuli peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Menyifatkan kerajaan persekutuan pimpinan Perikatan Nasional sebagai kerajaan “Pintu Belakang” dan pemimpin-pemimpin bermasalah ini sebagai “kleptokrat,” Khairuddin berkata, pakatan yang dibentuk oleh parti Bersatu merupakan pakatan sementara yang semata-mata untuk memberi kekuatan semula pada UMNO mahupun pemimpin-pemimpin kleptokrat.
Khairuddin turut mempersoal tindakan Muhyiddin meneruskan kerjasama dengan UMNO walaupun UMNO terang-terang ingin merampas kerusi PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15.
“UMNO yang korup secara terang-terangan menyatakan mereka tetap akan lawan Bersatu di kesemua kerusi-kerusi parlimen tradisi tetapi dalam masa yang sama parti Bersatu tetap meneruskan kerjasama yang ‘fake’ ini demi menjaminkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjawat jawatan perdana menteri Malaysia.”
PETALING JAYA: Keputusan pengundian terhadap usul mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat telah memberi satu suntikan baru kepada blok “Kuasa Ketiga” untuk terus berusaha menumbangkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional yang rapuh dan tidak popular sehingga kini.
Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang menyifatkan undi yang diperolehi oleh blok kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu kekalahan moral dan harus disusuli peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
“Tidak mustahil dengan semangat kerjasama secara kolektif sesama kami akan berjaya menyingkirkan kerajaan yang tidak memperolehi mandat rakyat kearah mendapatkan semula mandat buat keseluruhan warganegara malaysia yang telah menyingkirkan kerajaan kleptokrasi pada pru14 yang lepas.
“Amat malang sekali apabila difikirkan pemimpin-pemimpin bermasalah yang sedang menghadapi pelbagai tuduhan jenayah di mahkamah kini sebahagian daripada anggota kerajaan yang masih ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pada hari ini.
“Selagi komposisi kerajaan PN dianggotai oleh pemimpin-pemimpin bermasalah ini maka ianya akan memudahkan kerja blok bebas terus bekerja kuat kearah menjatuhkan mereka,” katanya.
Menyifatkan kerajaan persekutuan pimpinan Perikatan Nasional sebagai kerajaan “Pintu Belakang” dan pemimpin-pemimpin bermasalah ini sebagai “kleptokrat,” Khairuddin berkata, pakatan yang dibentuk oleh parti Bersatu merupakan pakatan sementara yang semata-mata untuk memberi kekuatan semula pada UMNO mahupun pemimpin-pemimpin kleptokrat.
“Inilah dosa paling besar dan pengkhianatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hanya pentingkan untuk jadi PM8 semata-mata dan sanggup bekerjasama dengan golongan “kleptokrats” bagi menjaminkan agendanya tercapai.
“Namun, rakyat tidak bodoh kerana mereka dapat saksikan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuli oleh pemimpin-pemimpin “kleptokrats” bagi menguatkan semula kedudukan parti mereka sebelum menempuh pru15 yang akan dating.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin PN tidak bermaruah langsung.
Khairuddin turut mempersoal tindakan Muhyiddin meneruskan kerjasama dengan UMNO walaupun UMNO terang-terang ingin merampas kerusi PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15.
“UMNO yang korup secara terang-terangan menyatakan mereka tetap akan lawan Bersatu di kesemua kerusi-kerusi parlimen tradisi tetapi dalam masa yang sama parti Bersatu tetap meneruskan kerjasama yang ‘fake’ ini demi menjaminkan Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjawat jawatan perdana menteri Malaysia.
“Ini satu ‘kegilaan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras.”
“Menjawat jawatan perdana menteri merupakan ‘prioriti’ dan ‘keutamaan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakalaprinsip dan mandat asal rakyat Malaysia tidak penting langsung baginya.
“Sebab itu dari awal lagi Tun Dr Mahathir Mohamad menyanggah pendapat Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terima parti umno secara ‘en bloc’ bagi menyekat agenda kebangkitan semula rejim “kleptokrasi.”
“Sesiapa yang menyokong kerajaan PN membawa erti mereka menyokong agenda untuk menguatkan seterusnya membawa balik rejim kleptokrasi dalam lanskap politik tanahair.
Khairuddin mengulangi pendiriannya berkenaan status kerajaan “pintu belakang” dengan berkata rakyat wajib menolak kerajaan sedemikian yang mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Pemimpin-pemimpin kerajaan PN wajib ditolak secara total oleh keseluruhan rakyat Malaysia sekiranya kita tidak mahu ‘pisang berbuag dua kali’ dan sejarah hitam berulang kembali.
“Pengundian di parlimen untuk menukar speaker Dewan Rakyat pada hari ini juga telah membuktikan bahawa pihak kami telah menang dari segi moral.
“Kelebihan majoriti dua undi amat memalukan serta satu tamparan hebat buat perdana menteri masakini.
“Insya-Allah blok bebas dan PH harus mencari satu formula kerjasama kearah menggembeling tenaga bagi menyingkirkan kerajaan ‘pintu belakang’ yang tidak diiktiraf bukan saja oleh rakyat tempatan tetapi juga negara-negara luar.
“Lihat saja apabila kerajaan ‘pintu belakang’ menjatuhkan kerajaan PH yang dilantik oleh rakyat malaysia secara sah melalui proses pru14 yang lalu; hanya negara indonesia dan thailand saja yang memberi ucapan tahniah pada PN.
“Blok bebas harus berada dalam keadaan ‘bersiap siaga’ menyusun strategi untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk parlimen mungkin dibubarkan pada tahun ini.
“Kerajaan PN yang sedang mencipta dan membawa balik rejim kleptokrasi sudah terbukti berada di ambang kejatuhan dalam sedikit masa lagi.
“Sesungguhnya, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pakar utama melawan kemungkaran dan bakal mengujudkan satu rangka ‘blue-print’ bagaimana kami akan kembalikan mandat rakyat dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan yang benar-benar mantap untuk memerintah, mentadbir serta membangunkan ‘Malaysia Baharu’.
“Tun Dr Mahathir Mohamad mampu mengumpul, menyatukan serta memacukan kekuatan kami bagi menumbangkan kerajaan PN. Insya-Allah, Ameen!!”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
