
خير الدين: محي الدين عملكن ءڤوليتيك درجتء سبب تاكوت جوهر تومبڠ، تاكوت ڤيليهن راي عموم…
Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berpegang erat pada kepimpinan ‘pilih kasih’ atau ‘double standard’ sehingga mengamalkan prinsip perbezaan darjat antara pemimpin dan rakyat.
“Dalam isu Dato Osman Sapian yang sebelah kakinya sah bersama pembangkang, Muhyiddin Yassin tidak berani mengambil tindakan. Tahu tak mengapa?
“Sebab tindakan terhadap Osman akan menyebabkan pegangan Muhyiddin terhadap kerajaan negeri Johor pupus malah mungkin menjurus kepada Pilihan Raya Umum ke-15 serentak dengan Pilihan Raya Negeri Johor.
“Muhyiddin takut masuk Pilihan Raya Umum buat ketika ini. PPBM dia sudah terlalu lemah malah hancur berkecai, dan UMNO pula tidak akan beri muka pada PPBM dari sudut agihan kerusi.
“PAS pula bersama UMNO dalam Muafakat Nasional tapi turut bersama PPBM dalam Perikatan Nasional, semuanya carca merba. Muhyiddin takut adakan Pilihan Raya sebelum pembentangan Belanjawan 2021.
PETALING JAYA: Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berpegang erat pada kepimpinan ‘pilih kasih’ atau ‘double standard’ sehingga mengamalkan prinsip perbezaan darjat antara pemimpin dan rakyat.
Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata Muhyiddin kini dikenali ramai sebagai Perdana Menteri “cakap tak serupa bikin” yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuk mengamalkan “politik darjat” dalam kepimpinannya.
“Muhyiddin Yassin tak perlu bercakap mengenai prinsip dan akauntabiliti kerana beliau sendiri melanggar prinsip ini sehingga dikenali ramai sebagai Perdana Menteri ‘cakap tak serupa bikin’.
“Setiap ungkapan serta kenyataan Muhyiddin Yassin hanyalah berbaur ‘cakap politik’ untuk memenangi hati nurani rakyat semata-mata.
“Kerajaan masakini yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin sendiri tidak beretika. Kerajaan beliau adalah sebuah ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘kerajaan tebuk atap’ yang mengkhianati mandat rakyat pada PRU14 yang lepas,” kata Khairuddin.
Menurut Khairuddin, biarpun Muhyiddin menyelar UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau kini menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ bersama pemimpin-pemimpin sama yang dahulunya digelar kleptokrat, khususnya, seorang kleptokrat ulung dari UMNO yang disabit kesalahan oleh Mahakamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Rakyat sedang memerhati gelagat Muhyiddin Yassin yang pada suatu masa dulu umum secara terbuka ‘bakar jambatan’ dengan UMNO.
“Demi untuk mencapai cita-cita rakusnya bagi menjawat jawatan perdana menteri serta untuk mengekalkan kuasa beliau, Muhyiddin Yassin sanggup dihina dan bersetuju menganggotai Muafakat Nasional kerana UMNO mahupun BN tidak mahu ‘formalise’ PN.
“Prinsip MuhyiddinYyassin berpegang erat pada ‘pilih kasih’ dan ‘double standard’ – lihat saja kes menteri kabinet Khairuddin Aman Razali yang melanggari perintah PKPP.
“Mengapa Muhyiddin Yassin tidak berani mengambil tindakan tegas?
“Rakyat marhein boleh dihukum secara tegas sehingga dipenjarakan bila melanggari perintah PKPP.
“Menteri kabinet selaku penggubal undang-undang tunjuk contoh teladan tidak baik pada rakyat dilepaskan dengan kadar denda yang amat tidak setimpal.
“Beberapa tokoh pemimpin Bersatu yakni Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato Seri Mukhriz Mahathir, Dato Amiruddin, Dato Seri Maszlee, Syed Saddiq, Dato Dr Shahruddin dan Dato Wira Marzuki dipecat keahlian kerana dianggap bersekongkol dengan pembangkang.
“Tetapi dalam isu Dato Osman Sapian yang sebelah kakinya sah bersama pembangkang, Muhyiddin Yassin tidak berani mengambil tindakan.
“Tahu tak mengapa?
“Sebab tindakan terhadap Osman akan menyebabkan pegangan Muhyiddin terhadap kerajaan negeri Johor pupus malah mungkin menjurus kepada Pilihan Raya Umum ke-15 serentak dengan Pilihan Raya Negeri Johor.
“Muhyiddin takut masuk Pilihan Raya Umum buat ketika ini. PPBM dia sudah terlalu lemah malah hancur berkecai, dan UMNO pula tidak akan beri muka pada PPBM dari sudut agihan kerusi.
“PAS pula bersama UMNO dalam Muafakat Nasional tapi turut bersama PPBM dalam Perikatan Nasional, semuanya carca merba. Muhyiddin takut adakan Pilihan Raya sebelum pembentangan Belanjawan 2021.
“Inilah keperibadian sebenar Muhyiddin Yassin, Beliau ‘kaki kelentong’ semata-mata!!
“Pengkhianatan serta pendurhakaan Muhyiddin Yassin pada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keseluruhan rakyat Malaysia tidak boleh dimaafkan sama sekali.
“Insya-Allah dalam masa terdekat keseluruhan rakyat Malaysia akan menghukum Muhyiddin Yassin dan keseluruhan para pengkhianat.
“Tunggu saja PRU15 diumumkan dan pada waktu itu nanti sama-sama kita lihat keputusan serta bagaimana rakyat bakal menggunakan ‘kuasa rakyat’ untuk menolak ‘pintu belakang’ secara total.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
