Khairuddin: Muhyiddin himpun 5,000 orang siap bergambar ramai-ramai – jangan sampai ada ‘kluster Muhyiddin’

Menurut Khairuddin, pihak keraaan bersikap “double standard” dalam isu Covid-19 apabila dilihat melakukan secara terbuka perkara yang orang awam dilarang buat. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: محي الدين هيمڤون 5،000 اورڠ سياڤ برڬمبر راماي-راماي – جاڠن سمڤأي اد ءقلوستر محي الدينء

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa menasihati umum untuk mengamalkan penjarakkan sosial dan membaca Doa untuk selamatkan negara dari pandemik Covid-19 yang disiarkan hampir setiap hari dalam televisyen “cakap tak serupa bikin.”

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berkata himpunan Kongres Negara 5,000 orang yang dianjurkan oleh kerajaan baru-baru ini menimbulkan kemungkinan berlaku “kluster Kongres Negara.”

“Sesungguhnya, pemimpin-pemimpin dan kerajaan harus tunjuk contoh teladan yang terbaik. Malangnya, pemimpin-pemimpin politik, ahli-ahli parlimen, menteri-menteri dan kerajaan itu sendiri tak menghormati undang-undang.

“Pihak PDRM harus siasat beberapa insiden ketika majlis tersebut dianjurkan. Sesi bergambar secara beramai-ramai di atas pentas; itu ikut SOP?”


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa menasihati umum untuk mengamalkan penjarakkan sosial dan membaca Doa untuk selamatkan negara dari pandemik Covid-19 yang disiarkan hampir setiap hari dalam televisyen “cakap tak serupa bikin.”

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut berkata himpunan Kongres Negara 5,000 orang yang dianjurkan oleh kerajaan baru-baru ini menimbulkan kemungkinan berlaku “kluster Kongres Negara.”




“Muhyiddin Yassin cakap tak serupa bikin. Baca doa untuk selamatkan negara dari pandemik Covid-19 disiarkan hampir setiap hari dalam televisyen.

“Tetapi di saat kita masih berada dalam fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) pihak kerajaan tunjuk contoh teladan buruk dengan menganjurkan Kongres Negara yang dikatakan dihadiri lebih dari 5,000 peserta.

“Dengan rakyat kerajaan amat tegas. Semua kena ikut SOP kononnya. Tetapi yang mengejutkan kita ialah pihak kerajaan menganjurkan majlis seramai itu pada waktu ini.

“Katanya mereka semua prosedur SOP secara tegas. Pihak majlis keselamatan negara juga dimaklumkan mengenai majlis ini.

“Sesungguhnya, pemimpin-pemimpin dan kerajaan harus tunjuk contoh teladan yang terbaik. Malangnya, pemimpin-pemimpin politik, ahli-ahli parlimen, menteri-menteri dan kerajaan itu sendiri tak menghormati undang-undang.

“Kalau ketam jalan senget macam mana nak ajar anak berjalan lurus?”

Menurut Khairuddin, pihak keraaan bersikap “double standard” dalam isu Covid-19 apabila dilihat melakukan secara terbuka perkara yang orang awam dilarang buat.

Loading...

“Kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan tak menghormati undang-undang di ‘cover’ secara sengaja tetapi sekiranya rakyat marhein yang melakukan kesalahan akan dipenjarakan.

“Inilah budaya kepimpinan kerajaan ‘tebuk atap’ yang menghalalkan cara demi menjaga kepentingan mereka.

“Pihak PDRM harus siasat beberapa insiden ketika majlis tersebut dianjurkan. Sesi bergambar secara beramai-ramai di atas pentas; itu ikut SOP?

“Pihak kementerian kesihatan malaysia dan penguatkuasa undang-undang harus ambil tindakan tegas terhadap penganjur majlis ini yang gagal mengikut peraturan atau garis-panduan mengikut undang-undang.

“Kementerian kesihatan malaysia dan pihak penguatkuasa undang-undang jangan amalkan pilih kasih dalam isu ini kerana keseluruhan rakyat sedang memerhati gelagat kerajaan ‘tebuk atap’ masakini.

“Rakyat amat keciwa dengan dasar pihak penguatkuasa undang-undang dan kementerian kesihatan malaysia yang nampak tidak berani bertindak secara tegas khususnya terhadap menteri kabinet kerajaan ‘tebuk atap’ yang tidak menghormati undang-undang.

“Tindakan diambil hanyalah sekadar ‘lepas batuk ditangga’ semata-mata. Dengan rakyat marhein pihak penguatkuasa undang-undang berani pula bertegas sehingga memenjarakan sesiapa yang melanggari undang-undang yang sama.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...