Khairuddin: Muhyiddin khianati pejuang sebenar Bersatu, akar umbi tolak kepimpinan beliau secara total

Menurut Khairuddin, tindak-tanduk Muhyiddin menyebabkan keseluruhan rakyat Malaysia tidak akan mempercayainya lagi, bukan sekadar ahli-ahli akar umbi PPBM. Summer (gambar): Fail TTF

خير الدين: محي الدين خيانتي ڤجوڠ سبنر برساتو، اكر اومبي تولق كڤيمڤينن بلياو سچارا توتل

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengubah haluan politiknya dalam sekelip mata semata-mata kerana ingin menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berdamping dengan pihak yang pada satu ketika dahulu diselarnya.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata tindakan Muhyiddin amat tidak bermaruah dan merupakan pengkhianatan terhadap pejuang sebenar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akhirnya bertindak keluar parti kerana tidak mempercayai lagi Muhyiddin.

“Hari ini Muhyiddin Yassin mengisytiharkan setuju untuk bergabung dengan Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO serta PAS yang beliau pernah serang secara habis-habisan sebelum PRU14 yang lepas.

“Ini serupa dengan tingkah laku seorang ‘kaki putar belit’. Tetapi tidak hairan, kerana Muhyiddin Yassin tidak pernah ikhlas pada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Akhirnya Allah SWT sedang tunjukkan secara zahir akan setiap pengkhianatannya dengan membenarkan semua lihat rupa Muhyiddin Yassin yang sebenar.”


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengubah haluan politiknya dalam sekelip mata semata-mata kerana ingin menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berdamping dengan pihak yang pada satu ketika dahulu diselarnya.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata tindakan Muhyiddin amat tidak bermaruah dan merupakan pengkhianatan terhadap pejuang sebenar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akhirnya bertindak keluar parti kerana tidak mempercayai lagi Muhyiddin.




“Muhyiddin Yassin tidak boleh dipercayai lagi. Dulu bukan main ‘sumpah seranah’ parti UMNO dan PAS secara mati-matian, kini beliau terpaksa ‘menjilat’ semula ludahnya itu.

“Pada hakikatnya, Muhyiddin Yassin ‘lidah bercabang’ krana dulu cakap lain, kini buat lain,” katanya.

Menurut Khairuddin lagi, tindak-tanduk Muhyiddin menyebabkan keseluruhan rakyat Malaysia tidak akan mempercayainya lagi, bukan sekadar ahli-ahli akar umbi PPBM.

“Hari ini Muhyiddin Yassin mengisytiharkan setuju untuk bergabung dengan Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO serta PAS yang beliau pernah serang secara habis-habisan sebelum PRU14 yang lepas.

“Ini serupa dengan tingkah laku seorang ‘kaki putar belit’. Tetapi tidak hairan, kerana Muhyiddin Yassin tidak pernah ikhlas pada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Akhirnya Allah SWT sedang tunjukkan secara zahir akan setiap pengkhianatannya dengan membenarkan semua lihat rupa Muhyiddin Yassin yang sebenar.

“Realitinya, inilah punca sebenar saya orang yang pertama keluar parti PPBM suatu masa dahulu kerana sudah kaji secara mendalam pada waktu itu bahawa Muhyiddin Yassin hanya nak pergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata bagi mencapai cita-cita rakus utk beliau jadi Perdana Menteri.

Loading...

“Namun, kita tidak harus toleh ke belakang lagi. Setiap ahli-ahli Bersatu harus keluar parti Bersatu secara ‘en bloc’ agar PPBM terbubar secara sendiri.

“Dalam sikit masa lagi saya yakin bahawa parti PPBM hanya bakal dianggotai oleh ‘ahli-ahli halimunan’ saja.

“Semua ahli-ahli Bersatu kena beri tekanan secara habis-habisan akan pengkhianatan Muhyiddin Yassin yang ‘luar biasa’ ini.

“Sedarlah, kini Muhyiddin Yassin terpaksa tunduk pada tekanan parti UMNO dan golongan kleptokrats.

“Sekarang adalah giliran Muhyiddin Yassin pula yang keseluruhan bangsa melayu harus ‘tolak’ beliau secara total.

“Putar-belit dan pengkhianatan Muhyiddin Yassin ini tidak boleh dimaafkan sama sekali, kerana  beliau sudah mengkhianati mandat keseluruhan rakyat Malaysia yang tolak unsur rasuah, salahguna kuass serta kleptokrasi pada PRU14 yang lepas.

“Di samping Allah SWT, keseluruhan rakyat Malaysia juga wajb menghukum pengkhianatan Muhyiddin Yassin yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...