
محي الدين ترسيلڤ چاتور، نصيب ڤڤبم كيني باوه تاڤق كاكي امنو
Tan Sri Muhyiddin Yassin kini terpaksa mengadu nasib kepada pemimpin-pemimpin bermasalah dari UMNO yang angkuh dan pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam keputusan parti itu untuk memecatnya.
Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata tindak-tanduk Muhyiddin sekaligus bermakna beliau sanggup membenarkan UMNO ‘memperlekeh’ saki-baki pemimpin PPBM yang masih bersamanya.
“Inilah lambang ‘kekhilafan dan keta’asuban’ Muhyiddin Yassin yang telah tersalah percaturan politik. Muhyiddin Yassin ingat dia bijak berpolitik namun pada realitinya dia sedang ‘menggadaikan’ maruah serta ‘prinsip perjuangan luhur’ kepada puak yang dia sendiri mengaku korup.
“Kemungkinannya, ini juga adalah penghukuman dari Yang Maha Esa terhadap segala pengkhiantan mereka terhadap bangsa serta negara.
“Malahan Muhyiddin Yassin juga sanggup mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengambil pendirian ‘serong dan tersasar’ bagi menyingkirkan mantan perdana menteri dari keahliannya dalam PPBM.
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin kini terpaksa mengadu nasib kepada pemimpin-pemimpin bermasalah dari UMNO yang angkuh dan pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam keputusan parti itu untuk memecatnya.
Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata tindak-tanduk Muhyiddin sekaligus bermakna beliau sanggup membenarkan UMNO ‘memperlekeh’ saki-baki pemimpin PPBM yang masih bersamanya.
“Muhyiddin Yassin dan saki baki pemimpin PPBM yang mengkhianati akar umbi dulu tak malu kah diperlekehkan sebegini rupa?
“Tak malu kah kamu semua tunduk kepada puak yang kamu sendiri akui dari golongan kleptokrats semata-mata kerana ingin mengambil hati mereka bagi mengekalkan kuasa?
“Tak malu kah pemimpin-pemimpin Bersatu melihat Muhyiddin Yassin dihina oleh puak ini?”
Menurut Khairuddin, apa yang berlaku merupakan kifarah Allah SWT terhadap Muhyiddin dan saki-baki pengikutnya di mana maruah mereka ‘dipijak-pijak’ oleh golong yang diakui oleh Muhyiddin sendiri bersifat ‘kleptokratik’.
“Inilah lambang ‘kekhilafan dan keta’asuban’ Muhyiddin Yassin yang telah tersalah percaturan politik. Muhyiddin Yassin ingat dia bijak berpolitik namun pada realitinya dia sedang ‘menggadaikan’ maruah serta ‘prinsip perjuangan luhur’ kepada puak yang dia sendiri mengaku korup.
“Kemungkinannya, ini juga adalah penghukuman dari Yang Maha Esa terhadap segala pengkhiantan mereka terhadap bangsa serta negara.
“Malahan Muhyiddin Yassin juga sanggup mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengambil pendirian ‘serong dan tersasar’ bagi menyingkirkan mantan perdana menteri dari keahliannya dalam PPBM.
“Perdana Menteri masakini cepat lupa pada sejarah perjuangan parti PPBM. Tokoh negarawan berusia 95 tahun yang dikhianati beliau inilah yang berhempas-pulas menaikkan martabat parti PPBM.
Tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad tiada siapa pun ingin menjadi ahli PPBM. Aura dan imej Muhyiddin Yassin kini tercalar teruk, malah dia bukan seorang pemimpin politik yang popular lagi.
“Sebab itu di kawasan parlimen Pagoh ribuan ahli-ahli PPBM akar umbi meninggalkan parti. Rakyat bijak menilai perangai dan sikap Muhyiddin Yassin dan dapat melihat apa yang sedang terjadi.
“Insya-Allah, Muhyiddin Yassin dan puak yang mengkhianati perjuangan asal PPBM dan rakyat bakal ditolak oleh rakyat secara total pada PRU15 kelak.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
