Khairuddin: Otai perlu terima hakikat Anwar sudah tidak relevan

Khairuddin menyifatkan kumpulan Otai Reformasi sebagai “penyangak seperti Anwar Ibrahim juga.” Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: اوتاي ڤرلو تريما حقيقة انور ده تق ريليۏن

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mencabar para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendesak diadakan undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahahir Mohamad pada sesi parlimen yang akan datang daripada membuang masa membuat kenyataan kurang berakal.

Menerusi satu kenyataan, Khairuddin berkata, sekiranya benar Anwar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen, maka lebih baik masa depan Mahathir diputuskan di parlimen daripada terus diperbahaskan oleh pihak yang tiada kaitan.

Khairuddin mengakhiri kenyataannya dengan menegaskan Anwar tidak lagi relevan pada lanskap politik negara.

“Anwar ibrahim sudah tidak relevan lagi. Dia sendiri pun sedar pengaruhnya di peringkat akar umbi sudah terhakis.

“Sebab itu bila kajian populariti untuk jawatan Perdana Menteri dijalankan baru-baru ini, Anwar hanya memeperolehi 13% dari jumlah sokongan.


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini mencabar para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendesak diadakan undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahahir Mohamad pada sesi parlimen yang akan datang daripada membuang masa membuat kenyataan kurang berakal.

Menerusi satu kenyataan, Khairuddin berkata, sekiranya benar Anwar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen, maka lebih baik masa depan Mahathir diputuskan di parlimen daripada terus diperbahaskan oleh pihak yang tiada kaitan.




“Otai Reformasi perlu akur bahawa persatuan dan NGO tidak boleh tentukan kedudukan seseorang Perdana Menteri.

“Yang boleh tentukan kedudukan Perdana Menteri hanyalah 222 ahli-ahli parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Khairuddin kemudian menyifatkan kumpulan Otai Refromasi sebagai “penyangak seperti Anwar Ibrahim juga.”

“Bagaimana bos mereka macam itulah kebodohan anak buahnya.

“Bukannya Otai Reformasi boleh tentukan siapa jadi Perdana Menteri. Kalau betul lah mereka yakin Anwar dah kuat, suruh sahaja orang Anwar usulkan undi tidak percaya.

“Ini pelik, ahli parlimen duduk diam, Otai pula menyibuk tak tentu hala.

“Saya cabar semua penyokong Anwar untuk bawa usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir Mohamad di sesi pembukaan persidangan parlimen akan datang.

Loading...

“Sekiranya mereka mempunyai cukup sokongan, lakukan undi dulu. Jika berjaya, maklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dapatkan perkenan Baginda melantik Perdana Menteri yang baru.

Khairuddin mengakhiri kenyataannya dengan menegaskan Anwar tidak lagi relevan pada lanskap politik negara.

“Tolonglah jangan lantik ‘kaki peliwat’ untuk menjawat jawatan Perdana Menteri kerana ianya bercanggah dengan ajaran agama islam.

“Anwar ibrahim sudah tidak relevan. Dia sendiri pun sedar pengaruhnya di peringkat akar umbi sudah terhakis.

“Sebab itu bila kajian populariti untuk jawatan Perdana Menteri dijalankan baru-baru ini, Anwar hanya memeperolehi 13% dari jumlah sokongan.

“Golongan ini sepatutnya duduk di rumah dan banyak istifar saja. Mereka sudah tidak relevan lagi.”

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...