Khairuddin: Rais Yatim ‘pelacur politik’, tak perlu menyibuk hal PEJUANG

Menurut Khairuddin, pemimpin-pemimpin PPBM gagal memahami bahawa parti ini popular dulu hanya disebabkan oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: رايس يتيم ءڤلاچور ڤوليتيكء، تق ڤرلو مڽيبوق حال ڤجوڠ

Tan Sri Rais Yatim merupakan seorang yang tiada maruah dalam politik dan boleh disifatkan sebagai ‘pelacur politik’.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang memberi amaran kepada Rais untuk jangan mencampuri urusan Parti Pejuang Tanah Air yang tiada kena mengena dengannya

“Parti PPBM akan menghadapi ‘malaikat maut’ terlebih dahulu dan bakal terkubur tanpa nesan.

“Keseluruhan orang- orang Melayu sudah menolak penipuan Muhyiddin Yassin dan parti PPBM, sebab itulah keahlian parti PPBM terpaksa dibuka untuk ahli-ahli bukan melayu kini,” dedah Khairuddin.


PETALING JAYA: Tan Sri Rais Yatim merupakan seorang yang tiada maruah dalam politik dan boleh disifatkan sebagai ‘pelacur politik’.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang memberi amaran kepada Rais untuk jangan mencampuri urusan Parti Pejuang Tanah Air yang tiada kena mengena dengannya.




“Rais yatim ‘kaki ampu’ yang tiada maruah dalam politik, tidak lebih dari ‘pelacur politik’.

“Lebih baik beliau jaga PPBM yang bakal ditinggalkan oleh keseluruhan ahli-ahli akar umbinya daripada masuk campur urusan parti lain.

“Parti PPBM akan menghadapi ‘malaikat maut’ terlebih dahulu dan bakal terkubur tanpa nesan.

“Keseluruhan orang- orang Melayu sudah menolak penipuan Muhyiddin Yassin dan parti PPBM, sebab itulah keahlian parti PPBM terpaksa dibuka untuk ahli-ahli bukan melayu kini,” dedah Khairuddin.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin PPBM gagal memahami bahawa parti ini popular dulu hanya disebabkan oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad bangsa asing pun tak mahu menganggotai parti ini!! Parti PPBM tak laku lagi pada hakikatnya.

“Rais Yatim tak perlu cakap banyak, sama-ssma kita lihat parti mana yang bakal ‘mati’ terlebih dahulu.

Loading...

“Dalam masa yang sama juga Rais Yatim ‘buta mata’ dan ‘buta hati’ kerana beliau gagal melihat ahli-ahli akar umbi melayu sedang meninggalkan PPBM secara beramai-ramai di seluruh negara buat masa ini.

“Lihatlah, PPBM bakal dianggotai oleh ‘ahli-ahli halimunan’ sedikit masa lagi. Parti ini sedang hadapi tahap kepupusan serta bakal terkubur tidak lama lagi.

“Jangan cakap pasal Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir kalau Rais Yatim tak mengenalinya secara dekat.

“Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak popular kerana cara beliau mentadbir negeri kedah darul aman amat berbeza dengan cara pentadbiran di zaman UMNO dulu.

“Di zaman UMNO dulu demi untuk ‘undi’ serta ‘ duit’ segalanya boleh dibincang atau dirunding. Seandainya dijanjikan ‘undi’ dan ‘sogok duit’ apa saja benda dalam negeri kedah boleh diperolehi.

“Budaya rasuah serta salahguna kuasa telah ditamatkan di era pentadbiran Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

“Atas dasar inilah Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menjadi tidak popular kerana beliau memimpin negeri kedah secara bersih dan amanah.

Ramai golongan kleptokrats khususnya pemimpin-pemimpin korup umno tidak suka pada ketua yang tidak mahu ‘conform’ pada rasuah ataupun salahguna kuasa kerana puak korup ini sukar untuk ‘cari makan’.

“Insya-Allah apa pun kami akan pikul tanggungjawab secara terbaik dan teramanah mungkin untuk pacukan parti Pejuang ke tahap yang gemilang untuk memelihara kesejahteraan bangsa, agama mahupun tanahair kita yang tercinta ini.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...