
KENYATAAN RASMI
Keputusan Mahkamah membenarkanpermohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi untuk membatalkan saman yang difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan membawa kepada pengunduran majoriti ahli akar umbi dan ramai pemimpin bahagian parti.
Saya amat berasa dukacita dengan sikap Muhyiddin Yassin yang tak tahu mengenang budi serta tidak pernah ikhlas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak hari pertama penubuhan parti Bersatu dan menjangkakan keseluruhan bangsa Melayu khususnya dan rakyat pelbagai kaum amnya bakal menolak Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.
Dari peringkat awal penubuhan parti Bersatu lagi, saya kerap mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan sama sekali percaya pada Muhyiddin Yassin yang saya lihat hanya ingin memperalatkan serta mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menguatkan parti Bersatu sebelum bertindak menyingkirkan tokoh negarawan yang terulung itu.
Saya melihat, dari peringkat awal penubuhan Bersatu, Muhyiddin Yassin mempergunakan dan memperhambakan Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata untuk mencapai cita-cita rakusnya menjadi Perdana Menteri. Untuk tujuan itu, Muhyiddin Yassin sanggup gadaikan maruah dirinya dan prinsip parti Bersatu yang kononnya pada suatu masa dulu nak lawan kleptokrasi kearah selamatkan negara kita ini.
Tetapi kini nyata Muhyiddin Yassin sanggup buat ‘pusingan U’ untuk bekerjasama dengan golongan bermasalah dalam UMNO (kleptokrat) semata-mata untuk dapatkan cukup sokongan bagi beliau jadi Perdana Menteri.
Tidak cukup dengan itu, setelah menjawat jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tergamak lucutkan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa pengasas parti untuk cuba ‘memperkukuhkan’ kedudukkannya. Terus terang, tidak ada sesiapa pun dari mana-mana parti akan sanggup diperlakukan sepertimana Muhyiddin Yassin memperlakukan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Manusia jenis apa Muhyiddin Yassin ini?
Pada usia 92 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad buat pelbagai pengorbanan untuk menguatkan parti Bersatu pada waktu itu, siang dan malam menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair atas platform parti Bersatu. Nawaitu Tun Dr Mahathir Mohamad cukup ikhlas kearah menguatkan seterusnya mempopularkan parti Bersatu agar keseluruhan rakyat dapat berpaut menyandarkan nasib masa depan yang lebih baik di bawah teraju parti Bersatu.
Tetapi akhirnya segalanya dikhianati dan dimusnahkan oleh Muhyiddin Yassin. Demi terlalu taksub untuk jadi Perdana Menteri akhirnya kini parti Bersatu telah menjadi boneka pada kalangan pemimpin bermasalah (kleptokrat), di mana salah seorang daripadanya sudahpun disabit kesalahan dan sedang merayu keputusan itu.
Secara jujur, pengkhianatan Muhyiddin Yassin ini tidak boleh diterima akal fikiran yang waras dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.
Ikhlas dari;
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
