
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
خير الدين: راماي ڤميمڤين ڤوليتيك، اكر اومبي تق صبر توڠڬو محضير توبوه ڤرتي بهارو
Kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin kuat bila beliau mengumumkan untuk menjadi ‘blok bebas’ dalam lanskap politik mutakhir tanahair.
Ramai pemimpin-pemimpin PPBM, beberapa parti-parti dalam Pakatan Harapan serta ahli-ahli akar umbi sedang memberi tindak-balas memberangsangkan menunggu penubuhan parti baru ini.
Sambutan terhadap kenyataan dan bayangan dari Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kemungkinan penubuhan parti baharu ini mendapat sambutan hangat.
Tambahan pula, pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad ingin berdikari sebagai ‘blok bebas’ dan ‘blok ketiga’ yang bakal menjadi penentu pada penubuhan kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.
Kali ini Tun Dr Mahathir Mohamad telah buat satu keputusan serta pendirian politik yang amat tepat.
Percayalah,kerajaan Perikatan Nasional bakal tumbang dalam sedikit masa lagi. Pengaruh kuat Tun Dr Mahathir Mohamad dan perbalahan sesama anggota Perikatan Nasional bakal menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional akan tumpas.
Masakini, kami telah dihubungi oleh ramai pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional yang memberi isyarat ‘mantap’ untuk meneruskan perjuangan di platform berprinsip Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ramai daripada pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional khususnya yang berhijrah dari Pakatan Harapan pada suatu masa dahulu mengagumi prinsip perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang amat konsisten melawan kleptokrasi.
Dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad; Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan dilahirkan sebagai ‘tokoh pemimpin’ tetapi beliau hanyalah seorang pengikut saja pada ‘nature’nya.
Sebab itu pada hari ini kerajaan Perikatan Nasional tidak menyerlah langsung di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kami hanya menunggu saat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu sebelum menerima ramai tokoh-tokoh pemimpin Perikatan Nasional yang telah menunjukkan hasrat menggantikan platform perjuangan mereka untuk kembali berjuang bersama tokoh negarawan terulung ini.
Insya-Allah, Ameen.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
