Khairuddin: Saya berdoa Azmin, Hishammuddin dan PAS berjuang bersama Mahathir atas landasan kebenaran

Khairuddin berkata parti yang bakal ditubuhkan oleh Mahathir merupakan platform terbaik bagi perjuangan bangsa, agama dan negara. Source (pic): TTF Files

خير الدين: ساي بردعا عزمين، هشام الدين دان ڤاس برجواڠ برسام محضير اتس لندسن كبنرن

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menzahirkan harapannya agar Dato Seri Azmin Ali, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein dan PAS agar berjuang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad kearah menubuhkan satu gagasan politik baharu.

Dalam satu kenyataan, Khairuddin berkata, perjuangan Azmin Hishammuddin dan PAS bersama Barisan Nasional dan UMNO membuang masa kerana pemimpin-pemimpin yang bermasalah dari UMNO hanya mementingkan agenda peribadi serta tamak kuasa semata-mata.

“Dalam masa yang sama, saya bersyukur dengan pendirian masakini Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang berada di blok bebas dan mempertimbangkan bagi menubuhkan sebuah parti politik baharu.

“Sambutan dan respon dari rakan-rakan politik serta rakyat akar umbi amat memberangsangkan.Semua sedang menanti penubuhan parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad.


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menzahirkan harapannya agar Dato Seri Azmin Ali, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein dan PAS agar berjuang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad kearah menubuhkan satu gagasan politik baharu.

Dalam satu kenyataan, Khairuddin berkata, perjuangan Azmin Hishammuddin dan PAS bersama Barisan Nasional dan UMNO membuang masa kerana pemimpin-pemimpin yang bermasalah dari UMNO hanya mementingkan agenda peribadi serta tamak kuasa semata-mata.




Khairuddin berkata, pemimpin-pemimpin berkenaan adalah dari kalangan golongan “kleptokrat” yang memiliki agenda tersendiri tanpa mengambil kira kepentingan bangsa, agama dan negara.

“Saya senantiasa berdoa agar Dato Seri Azmin Ali, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein dan PAS agar berjuang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad kearah menubuhkan satu gagasan politik baharu.

“Kerajaan PN sedang membela dan akhirnya akan membebaskan kesemua pemimpin-pemimpin UMNO yang menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana perdana menteri tiada pilihan demi untuk menjaminkan jumlah ahli-ahli parlimen mencukupi bagi mengekalkannya sebagai tokoh pemimpin nombor satu negara.

“Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya minat untuk mengekalkan jawatan perdana menteri saja.

“Dari awal penubuhan parti Bersatu hajat dan niat utama Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah nak jadi perdana menteri.

“Sebab itulah pada waktu itu saya selaku salah seorang pengasas parti yang pertama meninggalkan Bersatu,” katanya.

Menurut Khairuddin, PN akan terpaksa membebaskan kesemua pemimpin bermasalah dari UMNO kerana terpaksa menjaminkan agar kerajaan masakini cukup sokongan ahli-ahli parlimen untuk kekal berkuasa.

Loading...

“Pendirian ini akan membuatkan rakyat marah kerana PN mengkhianati hasrat keseluruhan masyarakat malaysia yang mahu pemimpin-pemimpin korup UMNO ditangkap, didakwa seterusnya dihukum mengikut keluhuran undang-undang.

“Faktor ini akan meninggalkan implikasi negatif pada bekas-bekas pemimpin PH yang lompat ke PN.

“Dulu kita semua kelihatan lawan rasuah serta korupsi secara habis-habisan tetapi kini kelihatan boleh bersekongkol semula dengan puak kleptokrats ini.

“Sebab itu rakyat amat memarahi pemmpin-pemimpin PH yang sedang berada dengan PN dan bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin korup umno dewasa ini.

“Dalam masa yang sama, saya bersyukur dengan pendirian masakini Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang berada di blok bebas dan mempertimbangkan bagi menubuhkan sebuah parti politik baharu.

“Sambutan dan respon dari rakan-rakan politik serta rakyat akar umbi amat memberangsangkan.Semua sedang menanti penubuhan parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad amat konsisten untuk lawan rasuah, korupsi serta salahguna kuasa.

“Tokoh negarawan terulung ini tidak akan bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin korup semata-mata untuk kekalkan kuasa.”

Khairuddin mengakhiri kenyataannya dengan berkata parti yang bakal ditubuhkan oleh Mahathir merupakan platform terbaik bagi perjuangan bangsa, agama dan negara.

“Perjuangan utama kita bukan untuk berkuasa disamping kerjasama dengan pemimpin bermasalah dari UMNO. Prinsip, maruah diri dan wadah perjuangan tidak boleh dijual beli.

“Parti politik baru yang kemungkinannya ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan platform perjuangan terbaik buat Dato Seri Azmin Ali, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein dan parti PAS untuk terus berjuang demi masa depan gemilang bangsa, agama serta tanahair.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...