
Khairuddin Abu Hassan
خير الدين: ساي چابر انور، كالاو براني، اصول اوندي تيدق ڤرچاي ڤد محضير
Datuk Seri Anwar Ibrahim harus berhenti “mimpi di siang hari” dan lupakan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang sekali lagi menggelar Anwar sebagai seorang “penyangak berpenyakit” yang tidak layak menjadi Perdana Menteri.
“Ini adalah soal agama bukan soal politik. Keseluruhan rakyat malaysia kena tentang penyangak Anwar Ibrahim daripada menjadi PM8.
“Macam mana penyangak anwar ibrahim hendak jadi PM8? Dia sendiri pun tak berani hendak saman Yusoff Rawther di mahkamah di atas segala dakwaan oleh bekas pegawainya itu tentang salahlaku yang telahpun dilaporkan ke pihak penguatkuasa undang-undang di negara kita.
Kenapa Anwar takut hendak buat tindakan saman sivil keatas yusoff rawther? Pegang lah pada prinsip ‘berani kerana benar; takut kerana salah,” kata Khairuddin.
Beliau mencabar Anwar untuk membersihkan namanya dulu dengan menyaman Yusoff sebelum berhajat untuk menjadi Perdana Menteri.
Khairuddin kemudian beralih ke isu peralihan kuasa.
“Saya cabar secara terbuka Anwar Ibrahim untuk membawa usul undi tidak percaya pada Tun Dr Mahathir Mohamad pada pembukaan persidangan parlimen 9hb Mac ini seandainya benar dia ada cukup sokongan di dalam dewan rakyat.
“Tolong jangan merepek serta cuba hendak menipu rakyat lagi.”
