
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini berkata, kehancuran yang dibawa oleh presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap partinya sendiri adalah petanda kehancuran yang bakal menimpa Pakatan Harapan sekiranya Anwar kekal pengerusi gabungan berkenaan.
Khairuddin dipercayai merujuk kepada tindakan ramai pemimpin PKR di peringkat negeri dan pusat yang kebelakangan ini meninggalkan parti atas dasar tidak percaya terhadap kepimpinan Anwar yang dikatakan telah menyimpang dari halatuju asal PKR.
Khairuddin kemudiannya mengulangi pendiriannya agar Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan rundingan dengan Perikatan Nasional yang didakwanya masih giat memujuk Mahathir agar bersama mereka.
Beliau turut mempersoal pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan ke mana hala tuju Anwar yang sebenar sambil berkata Paktan Harapan dilihat terkontang kanting dan berterabur di bawah kepimpinan Anwar.
“Saya tidak akan izinkan Anwar Ibrahim mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menguatkan kedudukannya yang akhirnya dia akan mengecewakan tokoh negarawan ini lagi,” kaanya.
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini berkata, kehancuran yang dibawa oleh presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terhadap partinya sendiri adalah petanda kehancuran yang bakal menimpa Pakatan Harapan sekiranya Anwar kekal pengerusi gabungan berkenaan.
Khairuddin dipercayai merujuk kepada tindakan ramai pemimpin PKR di peringkat negeri dan pusat yang kebelakangan ini meninggalkan parti atas dasar tidak percaya terhadap kepimpinan Anwar yang dikatakan telah menyimpang dari halatuju asal PKR.
Menurut Khairuddin, selagi Anwar berada di pucuk pimpinan Pakatan Harapan, selagi itu lah gabungan berkenaan akan dibelengui pelbagai masaalah dan akan menimpa kejatuhan yang jauh lebih teruk di masa hadapan.
“Anwar Ibrahim tidak boleh memimpin kerana hatinya tidak ikhlas dan dia amat rakus kuasa, malah, sandiwara dan politik dalaman yang dimainkannya terlalu kotor.
“Lihat saja PKR kalua nak tahu. Sejak kebelakangan ini, parti itu dilihat berada di ambang kehancuran, satu per satu pemimpinnya dah mula letak jawatan.
“Saya amat yakin PH yang diterajui oleh Anwar Ibrahim sebagai pengerusi baru akan menimpa nasib sama dan akan menghala ke jalan kejatuhan yang lebih teruk,” katanya.
Khairuddin kemudiannya mengulangi pendiriannya agar Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan rundingan dengan Perikatan Nasional yang didakwanya masih giat memujuk Mahathir agar bersama mereka.
“Sesungguhnya, saya amat ikhlas untuk melihat Tun Dr Mahathir Mohamad dimartabatkan di tempat yang dihormati selaku tokoh negarawan terulung yang kita sayangi.
“Sebab itulah sejak kebelakangan ini saya sering mensarankan agar Tun Dr Mahathir Mohamad terus berunding dengan pemimpin-pemimpin PN yang masih memujuk agar beliau bersama mereka.
“Ini adalah kerana sebarang bentuk kerjasama dengan Anwar Ibrahim akan menempa jalan buntu disebabkan sikap Anwar Ibrahim amat tidak ikhlas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dari dahulu sehingga kini.
“Pada hemat peribadi saya, agenda untuk memperkasakan PH akan menemui jalan buntu apabila PH menamakan Anwar Ibrahim selaku pengerusi yang baru.Pemimpin-pemimpin PH gagal memahami bahawa anwar ibrahim sudah tidak popular lagi.”
Khairuddin turut mempersoal pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan ke mana hala tuju Anwar yang sebenar sambil berkata Paktan Harapan dilihat terkontang kanting dan berterabur di bawah kepimpinan Anwar.
“PH kuat pada pru14 yang lepas kerana kekuatan ‘aura’ Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui gagasan ini. Ini faktor utama PH berjaya menumbangkan BN buat kali pertama dalam sejarah politik negara.
“Saya tidak akan izinkan Anwar Ibrahim mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menguatkan kedudukannya yang akhirnya dia akan mengecewakan tokoh negarawan ini lagi.
“Insya-Allah keadaan belum terlambat untuk semua pihak mencari jalan kearah memujuk Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersatu tanpa keujudan pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah serta berhadapan dengan kes pendakwaan di mahkamah.
“Pada realitinya, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh negarawan yang rasional, berpandangan jauh dan meletakkan agenda membina malaysia baharu di atas segala-galanya.
“Jangan izinkan Anwar Ibrahim mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menguatkan kedudukannya yang akhirnya dia akan mengecewakan tokoh negarawan ini lagi.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
