Khairuddin seru rakyat Malaysia tolak PKR di Pilihan Raya Umum ke-15 kerana sokong Najib, Zahid

Menurut Khairuddin, pemimpin-pemimpin dari PKR sanggup gadai maruah serta prinsip perjuangan mereka yang pada suatu masa dahulu menentang kleptokrasi secara bermati-matian. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين سرو رعيت مليسيا تولق ڤقر د ڤرو15 كران سوكوڠ نجيب، زاهيد

Tindakan ketua pemuda PKR Syed Badlishah Syed Osman dan setiausaha pemuda PKR Ahmad Syukri Razab menyelar Maria Chin Abdullah kerana meninggalkan dewan rakyat ketika Datuk Seri Najib Tun Razak berucap tanda jelas PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menyokong Najib.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata, tindakan Maria Chin memprotes ucapan Najib melambangkan kematangan politik serta prinsip tinggi Ahli Parlimen Petaling Jaya berkenaan.

“Rakyat Malaysia dan parti PKR sendiri menentang Najib Tun Razak secara habis-habisan pada pilihanraya umum yang lepas tapi kini mereka pula menyokong ‘ketua kleptokrats’ ini.

“Pendirian pemuda dan parti PKR menyokong Najib Tun Razak amat tidak masuk akal, kerana Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi menyokong presiden PKR sebagai calon perdana menteri malaysia ke sembilan; kini PKR sanggup membela seorang manusia paling korup sebagai balasannya.

“Keseluruhan rakyat malaysia harus tolak parti PKR pada PRU15 kelak.”


PETALING JAYA: Tindakan ketua pemuda PKR Syed Badlishah Syed Osman dan setiausaha pemuda PKR Ahmad Syukri Razab menyelar Maria Chin Abdullah kerana meninggalkan dewan rakyat ketika Datuk Seri Najib Tun Razak berucap tanda jelas PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menyokong Najib.

Demikian menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata, tindakan Maria Chin memprotes ucapan Najib melambangkan kematangan politik serta prinsip tinggi Ahli Parlimen Petaling Jaya berkenaan.




“Syabas kepada YB Maria Chin yang telah mempamerkan prinsip kental menyanggah pemimpin-pemimpin kleptokrats yang telah memusnahkan negara kita pada satu masa dahulu.

“Tindakan Syed Badlishah dan Ahmad Syukri melambangkan parti PKR mengikhtiraf serta menyanjung tinggi ‘pengkhianat nombor satu’ negara yakni Najib Tun Razak kerana mantan perdana menteri paling korup ini bersama Zahid Hamidi menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri malaysia ke sembilan.

“Tidak mustahil inilah perjanjian di antara Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi,” dakwa Khairuddin.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin dari PKR sanggup gadai maruah serta prinsip perjuangan mereka yang pada suatu masa dahulu menentang kleptokrasi secara bermati-matian.

“Parti PKR dan sayap pemudanya cukup bodoh kerana mereka tidak menghormati sentimen rakyat menolak BN pada pru14 adalah kerana ianya dipimpin oleh Najib Tun Razak.

“Jangan lupa para pemimpin serta parti PKR juga sebahagian dari penentang kuat Najib Tun Razak pada waktu itu.

“Rakyat Malaysia dan parti PKR sendiri menentang Najib Tun Razak secara habis-habisan pada pilihanraya umum yang lepas tapi kini mereka pula menyokong ‘ketua kleptokrats’ ini.

Loading...

“Pendirian pemuda dan parti PKR menyokong Najib Tun Razak amat tidak masuk akal, kerana Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi menyokong presiden PKR sebagai calon perdana menteri malaysia ke sembilan; kini PKR sanggup membela seorang manusia paling korup sebagai balasannya.

“Keseluruhan rakyat malaysia harus tolak parti PKR pada PRU15 kelak.

“Mereka ini sanggup menyokong ‘ketua kleptokrats’ yang telah menandatangani surat sumpah berkanun pada KDYMM Agong menyokong presiden PKR sebagai calon perdana menteri yang kemudiannya berkemungkinan mencari jalan kearah membebaskan Najib Tun Razak serta Zahid Hamidi dari segala pertuduhan rasuah di mahkamah.

“Sesiapa yang menyokong PKR kini membawa erti mereka juga menyokong pemimpin-pemimpin kleptokrats.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...