
خير الدين: سياڤا متثياس چڠ نق اجر محضير، ڤنداي ساڠت ك دي برڤوليتيك؟
“Pandai sangat ke Matthias Chang berpolitik?”
Begitulah reaksi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Matthias yang tempoh hari menegur Mahathir kerana tidak mengendahkan nasihatnya.
Menurut Khairuddin, Matthias tidak pernah turun ke padang atau menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air ke arah menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional terdahulu.
“Tak pernah pun saya lihat beliau bertungkus-lumus menjelajah ke seluruh negara bersama kami sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
“Tiba-tiba kini dia muncul tak semena-mena untuk tunjuk pandai. Kadang kala saya nampak Matthias Mhang ini ‘melalut’ serta ‘meroyan’ semacam orang hilang pedoman.”
“Pandai sangat ke Matthias Chang berpolitik?”
Begitulah reaksi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap kenyataan Matthias yang tempoh hari menegur Mahathir kerana tidak mengendahkan nasihatnya.
“Saya rasa orang yang patut duduk diam-diam di rumah adalah Matthias Chang. Siapa dia nak ajar Tun Dr Mahathir mohamad berpolitik?
“Matthias Chang sehingga kini pun tidak pernah terlibat dalam politik secara aktif. Beliau pun tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik sampai sekarang,” kata Khairuddin.
Sabtu lalu, Matthias mendakwa Mahathir terperdaya dengan kerelaan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk tunduk kepadanya.
Menurut Matthias, beliau ada memberitahu Mahathir bahawa Kit Siang dan Guan Eng bongkak dan umpama “kala jengking dalam poket,” tetapi Mahathir tidak mendengar.
“Sesungguhnya, Matthias Chang adalah rakan sejawat saya khususnya ketika saya berjuang melawan Najib Razak dalam kes 1MDB,” tambah Khairuddin.
“Pada waktu itu beliau bertindak sebagai peguam saya di saat saya terbang ke enam buah negara luar untuk buat laporan pada pihak berkuasa undang-undang di sana mengenai penyelewengan duit syarikat 1MDB.
“Malahan, beliau juga telah ditangkap bersama saya dan didakwa di bawah ‘akta SOSMA’ yang akhirnya kami berdua disumbat ke dalam lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, kuala lumpur selama dua minggu seterusnya dipenjarakan di penjara Sg Buloh selama hampir dua bulan.
“Saya secara peribadi hormati beliau dalam perjuangan tersebut, tetapi dalam masa yang sama saya ingin nasihatkan beliau agar duduk diam-diam di rumah cukuplah.”
Menurut Khairuddin lagi, Matthias tidak pernah turun ke padang atau menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air ke arah menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional terdahulu.
“Tak pernah pun saya lihat beliau bertungkus-lumus menjelajah ke seluruh negara bersama kami sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
“Tiba-tiba kini dia muncul tak semena-mena untuk tunjuk pandai.
“Kadang kala saya nampak Matthias Mhang ini ‘melalut’ serta ‘meroyan’ semacam orang hilang pedoman.
“Bahasa-bahasa yang beliau gunakan untuk melontarkan pandangan berbaur ‘lucah’, mungkin bagi Matthias Chang dia rasa hebat menggunakan perkataan-perkataan ‘kesat’.”
THE THIRD FORCE
