Khairuddin: SPRM, PDRM harus pantau agenda beli wakil rakyat jika ada asas kebenaran

Menurut Khairuddin, perbuatan terkutuk “membeli wakil rakyat,” jika benar, bercanggah secara langsung dengan undang-undang negara serta amalan demokrasi disampin mampu mengganggu gugat kestabilan politik dan keselamatan negara. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: سڤرم، ڤدرم هاروس ڤانتاو اڬيندا بلي واكيل رعيت جك اد اساس كبنرن

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu pantau agenda beli ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ahli-ahli parlimen seandainya ada asas kebenaran agenda ini wujud.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang merujuk kepada beberapa ramalan dari puak tertentu yang dilihat amat tepat, seolah-olah kejatuhan kerajaan negeri dan aksi lompat parti melibatkan wakil rakyat dirancang dengan teliti.

“Pihak penguatkuasa undang-undang mesti bertindak secara pantas kerana amalan ‘beli’ ahli-ahli YB ini boleh menyebabkan ketidak-stabilan politik negara.

“Seandainya tindakan tegas dari pihak penguatkuasa undang-undang khususnya SPRM dan PDRM untuk membasmi perbuatan ‘immoral’ ini; maka selagi itulah senario lanskap politik tanahair akan menjadi kucar-kacir,” kata Khairuddin.


PETALING JAYA: Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu pantau agenda beli ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ahli-ahli parlimen seandainya ada asas kebenaran agenda ini wujud.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang merujuk kepada beberapa ramalan dari puak tertentu yang dilihat amat tepat, seolah-olah kejatuhan kerajaan negeri dan aksi lompat parti melibatkan wakil rakyat dirancang dengan teliti.




“Apa yang menganehkan kita sebelum setiap kerajaan negeri bakal tumbang para penyokong kerajaan ‘tebuk atap’ PN sudah buat kenyataan mengenai perkara itu akan berlaku.

“Mereka mampu buat ramalan secara tepat. Takkan SPRM serta PDRM tidak nampak akan perkara ini.

“SPRM dan PDRM harus siasat secara kadar segera untuk mengetahui asas kebenarannya dan harus bertindak tegas keatas amalan rasuah politik untuk membeli ahli-ahli dewan undangan negeri ataupun ahli-ahli parlimen,” kata Khairuddin.

Menurutnya, perbuatan terkutuk “membeli wakil rakyat,” jika benar, bercanggah secara langsung dengan undang-undang negara serta amalan demokrasi disampin mampu mengganggu gugat kestabilan politik dan keselamatan negara.

“Pihak penguatkuasa undang-undang mesti bertindak secara pantas kerana amalan ‘beli’ ahli-ahli YB ini boleh menyebabkan ketidak-stabilan politik negara.

“Seandainya tindakan tegas dari pihak penguatkuasa undang-undang khususnya SPRM dan PDRM untuk membasmi perbuatan ‘immoral’ ini; maka selagi itulah senario lanskap politik tanahair akan menjadi kucar-kacir.

“Sesungguhnya, saya juga amat yakin bahawa kalangan ahli-ahli YB yang tidak berprinsip ini tidak mudah melompat parti ataupun sokongan dengan ‘tangan kosong’.

Loading...

“Amalan yang tidak beretika ini mesti dihentikan secara kadar segera.

“Perbuatan terkutuk ini sedang berlaku secara berleluasa dan menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...