
خير الدين: سوده-سودهله انور، بوكن رعيت تق تاهو هڠ كاكي تمبيرڠ نومبور ساتو
“Lebih baik Anwar Ibrahim ‘pakai kain pelikat dengan baju Melayu’ pergi surau sahaja hari-hari, mudah-mudahan dia diberi hidayah oleh Allah SWT.”
Demikian nasihat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kepada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semalam memberitahu CNBC bahawa beliau tidak lagi mempercayai Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tak sedar lagi ke Anwar Ibrahim, ahli-ahli parlimen yang membuat khianat semuanya lari sebab takut keadaan politik tak stabil?
“Anwar Ibrahim tak tahu ke ahli-ahli parlimen ini ketakutan sebab polemik peralihan kuasa yang dimain-mainkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya tanpa berhenti,” ujar Khairuddin.
PETALING JAYA: “Lebih baik Anwar Ibrahim ‘pakai kain pelikat dengan baju Melayu’ pergi surau sahaja hari-hari, mudah-mudahan dia diberi hidayah oleh Allah SWT.”
Demikian nasihat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kepada presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semalam memberitahu CNBC bahawa beliau tidak lagi mempercayai Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tak perlu bising lagi, pergi sahaja ke surau. Lagi dibuka mulut, lagi lah keluar hujah-hujah penipu yang tidak masuk akal,” dakwa Khairuddin.
Menurut Khairuddin, Anwar sendiri berulang kali menegaskan bahawa beliau percaya kepada Mahathir dan bahawa Mahathir perlu diberi prerogatif untuk tentukan bila beliau hendak letakkan jawtan.
“Bila kuncu-kuncu Anwar Ibrahim meminta agar Mahathir menetapkan tarikh pengunduran, Anwar sendiri kata tak payah.
“Tidak ada pun mana-mana perjanjian dalam Pakatan Harapan yang menetapkan bila Mahathir perlu berundur.
“Tak sedar lagi ke Anwar Ibrahim, ahli-ahli parlimen yang membuat khianat semuanya lari sebab takut keadaan politik tak stabil?
“Anwar Ibrahim tak tahu ke ahli-ahli parlimen ini ketakutan sebab polemik peralihan kuasa yang dimain-mainkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya tanpa berhenti,” ujar Khairuddin.
Khairuddin menambah, kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan adalah angkara sikap tidak ikhlas Anwar yang bercita-cita besar untuk jadi Perdana Menteri Malaysia secepat mungkin.
“Sudah-sudahlah tu Anwar, bukan rakyat tak tahu hang kaki temberang nombor satu. Syukur Alhamdulillah akhirnya hang hanya menjadi ‘Perdana Menteri menanti’ paling lama dalam sejarah lanskap politik tanahair kita.
“Engkau asyik ‘mimpi di siang hari’ dan menipu keseluruhan rakyat menyatakan engkau mempunyai majoriti sokongan untuk menjadi PM8. Akhirnya, semua sedia maklum bahawa engkau tu hanyalah ‘kaki temberang.’
“Selagi engkau berada dalam lanskap politik negara, selagi itulah keadaan politik negara akan jadi kucar-kacir.
“Engkau lah pakar ‘baling batu sorok tangan’ serta tidak pernah ikhlas kerana cita-cita rakus kau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.”
THE THIRD FORCE
