Khairuddin: Syed Saddiq harus terajui pemuda PEJUANG sambil amalkan kesepakatan dengan setiap bangsa

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Jujur dan ikhlas, pada pandangan peribadi saya Syed Saddiq harus berada di bawah parti Pejuang secara ‘direct’ untuk kumpul dan latih tenaga muda bagi memimpin di masa depan seterusnya berkolaberasi dengan semua kaum secara permuafakatan dari luar”

Khairuddin Abu Hassan

Syed Saddiq Abdul Rahman patut terajui golongan pemuda secara dalaman parti Pejuang. Adalah lebih ‘ideal’ sekiranya beliau ikhlas untuk berjuang di atas prinsip kebenaran secara berkesan.

Kita hormati apa saja pendirian Syed Saddiq yang mahukan golongan anak muda diberi peluang untuk memimpin sesebuah organisasi khususnya dan bercorak parti pelbagai kaum.

Walaupun begitu, melalui parti Pejuang pun Syed Saddiq boleh mengumpul serta kerah tenaga anak muda bagi memimpin sayap pemuda.




Beliau turut boleh himpunkan sebeberapa ramai anak muda atas platform parti Pejuang.

Saya rasa Syed Saddiq sudah mengenali hati budi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato Seri Mukhriz yang amat bersikap terbuka dalam menerima seterusnya menghormati Syed Saddiq memimpin kalangan anak muda secara ‘independent’ mengikut acu mereka yang tersendiri.

Semua pihak harus main peranan secara jujur serta ikhlas untuk menguatkan lagi barisan kepimpinan sesebuah parti yang baru seperti Pejuang agar berkesan melawan setiap bentuk unsur-unsur yang tidak betul dalam kerajaan masakini secara kolektif.

Apa pun, sekiranya tenaga digembeleng secara kolektif, sistematik dan menyeluruh barulah sesebuah organisasi itu dapat berfungsi secara berkesan.

Untuk makluman Syed Saddiq, bukan mudah untuk kita menubuhkan sesebuah organisasi baru khususnya parti politik.

Semua pihak tidak harus bergerak secara berpecah-pecah. Seandainya boleh kita semua harus terajui perjuangan di bawah satu bumbung.

Untuk berada di bawah bumbung perjuangan yang terbaik adalah melalui platform parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad serta Dato Seri Mukhriz yakni parti Pejuang.

Loading...

Di saat ini kita harus berjuang secara perkumpulan yang mantap jika nak lihat keberkesanannya.

Walau apa pun pendirian Syed Saddiq; saya ingin merayu agar beliau beri pertimbangan yang sewajarnya bagi menguatkan kepimpinan parti Pejuang dan berada dalam platform ini secara terus-menerus.

Bab kita mengenang budi seseorang itu sesuatu yang mulia. Ini adalah budaya halus masyarakat melayu yang ada pada kita semua.

Tetapi kadang kala kita tidak sepatutnya mengambil jalan tengah untuk mempamerkan sikap berkecuali dalam isu mengenang budi khususnya.

Yang penting di dalam sesuatu wadah perjuangan kita harus ikut cara Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu berjuang dengan nawaitu yang ikhlas untuk bangsa, agama dan tanahair.

Landasan perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad senantiasa menekankan pada ‘professionalism’ serta berteraskan kebenaran.

Asalkan kita berjuang atas dasar kebenaran dan bersikap professional; saya rasa kita tidak akan mengguriskan perasaan sesiapapun.

Realitinya, kita sedang berada di selekoh terakhir untuk mencapai kemengangan. Insya-Allah.

Sekiranya boleh kita semua nak kecapi kemenangan ini secara bersama dan tidak secara berpecah-pecah.

Jujur dan ikhlas, pada pandangan peribadi saya Syed Saddiq harus berada di bawah parti Pejuang secara ‘direct’ untuk kumpul dan latih tenaga muda bagi memimpin di masa depan seterusnya berkolaberasi dengan semua kaum secara permuafakatan dari luar.

Kita bukan ‘chauvinist’, sesungguhnya, kita berpegang erat pada perjuangan untuk seluruh bangsa di negara ini walaupun asas keahlian parti berteraskan pada bangsa melayu.

Bangsa melayu adalah bangsa yang baik serta bertanggungjawab.

Orang Melayu tidak pernah bersikap pentingkan diri. Sebab itu dari mula lagi ketika kita nak capai kemerdekaan perancangan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sudah membuka pintu secara seluasnya bagi mengizinkan pembabitan bangsa asing untuk tujuan murni tersebut.

Tun Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock adalah lambang keikhlasan kolaberasi perjuangan orang melayu dengan bangsa asing di negara kita.

Tak pernah kita. menidakkan hak mana-mana bangsa dalam perjuangan politik negara ini.

Ini juga satu prinsip dan asas perjuangan yang Syed Saddiq boleh praktikkan walaupun beliau berada dalam parti berteraskan keahlian melayu.

Dalam masa yang sama saya tetap mengagumi kesetiaan Syed Saddiq terhadap perjuangan murni Tun Dr Mahathir Mohamad serta Dato Seri Mukhriz dan juga para sahabat lain yang dipecat dari parti PPBM.

Teruskan saja perjuangan bersama Pejuang demi untuk membolehkan kita bina semula Malaysia Baharu

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...