Khairuddin tarik balik saman terhadap Jho Low, Rosmah, 1MDB

Bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menarik balik saman terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low; isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khairuddin juga menarik balik samannya yang difailkan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa melanggar angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong membabitkan isu skandal derma RM2.6 bilion.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menarik balik saman terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low; isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kes saman difailkan Khairuddin adalah bagi mendapatkan perintah supaya Rosmah memulangkan set rantai leher termasuk berlian merah jambu 22 karat bernilai AS$27.3 juta yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.




Khairuddin juga menarik balik samannya yang difailkan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa melanggar angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong membabitkan isu skandal derma RM2.6 bilion.

Perkara itu disahkan Peguam Yazid Mustaqim Roslan yang mewakili Rosmah dan Najib ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes berkenaan.

Pada prosiding itu, Yazid berkata kedua-dua belah pihak bersetuju dengan cadangan Khairuddin selaku plaintif untuk menarik balik saman tanpa sebarang perintah membabitkan kos.

Katanya, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim kemudian membatalkan kedua-dua tuntutan saman berkenaan.

Prosiding turut dihadiri peguam Damien Chan yang mewakili Khairuddin.

Khairuddin memfailkan saman itu pada 16 September 2017 dan dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa antara Jun 2013 dan Mac 2014, Jho Low menerusi ejennya membeli set barang kemas daripada peniaga barang kemas New York Lorraine dengan nilai AS$27.3 juta menggunakan wang 1MDB.

Khairuddin mendakwa barang kemas itu adalah berlian merah jambu bernilai AS$23 juta dan rantai leher bernilai AS$4.3 juta, diterima Rosmah sebagai hadiah pada Mac 2014.

Loading...

Plaintif dengan itu memohon perintah supaya Rosmah memulangkannya kepada 1MDB dan Jho Low membayar jumlah wang yang didakwa diambil daripada syarikat itu selain membayar ganti rugi, kos dan relif lain.

Melalui saman terhadap Najib dan Ahmad Zahid pula, Khairuddin mendakwa kedua-dua defendan melanggar sumpah mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mengelirukan orang ramai berhubung isu sumbangan RM2.6 bilion.

Beliau memohon perisytiharan bahawa Najib dan Ahmad Zahid melanggar sumpah mengikut Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan, oleh itu tidak layak memegang jawatan dan kedudukan dalam Kabinet.

Sumber: Berita Harian Online



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...