Khairuddin: Tendang saja keluar Anwar Ibrahim dan PKR!

Menurut Khairuddin, adalah lebih baik Mahathir menggunakan blok Kuasa Ketiganya untuk berunding dengan Perikatan Nasional daripada menunggu PKR dan Anwar. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: تندڠ ساج كلوار انور إبراهيم دان ڤقر!

Tun Dr Mahathir Mohamad dan blok “Kuasa Ketiga” melibatkan ahli-ahli parlimen PPBM, Borneo dan UMMO sudahpun melakar corak tersendiri dalam arena rundingan politik kebangsaan dan harus gugurkan Pakatan Harapan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus melengahkan masa.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan, yang mendakwa Anwar terlalu syok sendiri dan yakin beliau amat diperlukan tanpa mengetahui selok-belok pencaturan Mahathir dengan cukup mendalam.

Menurutnya, adalah lebih baik Mahathir menggunakan blok Kuasa Ketiganya untuk berunding dengan Perikatan Nasional daripada menunggu PKR dan Anwar.

“Hanya jika rundingan tidak berhasil, barulah boleh difikirkan pertembungan di arena politik kebangsaan dengan mencetuskan Pilihan Raya Umum.

“Pada masa itulah Anwar Ibrahim akan sedar siapa sebenarnya Tun Dr Mahathir Mohamad.”


SUBANG JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dan blok “Kuasa Ketiga” melibatkan ahli-ahli parlimen PPBM, Borneo dan UMMO sudahpun melakar corak tersendiri dalam arena rundingan politik kebangsaan dan harus gugurkan Pakatan Harapan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus melengahkan masa.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan, yang mendakwa Anwar terlalu syok sendiri dan yakin beliau amat diperlukan tanpa mengetahui selok-belok pencaturan Mahathir dengan cukup mendalam.




“Anwar Ibrahim dan parti PKR memang pakar ‘baling batu sorok tangan’.

“Beliau sedang ‘remoting’ para penyangak kesetiaannya untuk buat pelbagai kenyataan bagi menolak Tun Dr Mahathir Mohamad dari menjadi calon PM semula sekiranya PH ambil-alih kerajaan.

“Para penyangak dalam PKR sedang ‘berkokok’ untuk menolak Tun Dr Mahathir Mohamad dari menjadi calon perdana menteri PH secara habis-habisan manakala Anwar Ibrahim pula sedang ‘mimpi di siang hari’ untuk menjadi calon PM9.

“Pada hemat saya, sudah tiba masanya Tun Dr Mahathir Mohamad tolak bekerjasama dengan PH jika tiada keputusan dicapai dalam masa sehari dua ini.

“Pada hemat saya juga, sudah tiba masanya Tun Dr Mahathir Mohamad beri kata putus kepada AMANAH dan DAP – “you are either with me or against me!”

“Jika masih tiada keputusan atau jika Anwar Ibrahim terus berlagak hebat, saya rasa Tun Dr Mahathir Mohamad teruskan sahaja bersama blok Kuasa Ketiga yang cukup sokongannya,” kata Khaurddin.

Menurutnya, adalah lebih baik Mahathir menggunakan blok Kuasa Ketiganya untuk berunding dengan Perikatan Nasional daripada menunggu PKR dan Anwar.

Loading...

“Secara jujur dan ikhlas, saya sanggup jadi orang perantaraan untuk ketemukan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan para sahabat dalam PN kearah mencari satu formula kerjasama tetapi tanpa penglibatan pemimpin-pemimpin umno yang bermasalah dengan kes-kes perundangan.

“Pada realitinya, ada pelbagai cara untuk kita duduk semeja bermusyuawarah bagi mencari satu titik permulaan kearah perpaduan demi kepentingan masa depan bangsa serta negara.

“Sesungguhnya, saya amat yakin para sahabat dalam PN masih meletak harapan yang tinggi untuk menerima Tun Dr Mahathir Mohamad berada di pangkuan mereka secara kolektif bergabung tenaga bagi membina semula ‘Malaysia Baharu’.

“Hanya jika rundingan tidak berhasil, barulah boleh difikirkan pertembungan di arena politik kebangsaan dengan mencetuskan Pilihan Raya Umum.”

“Cukup-cukuplah dengan kerenah ‘manusia berpenyakit’ yang bernama Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya melayan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad tinggalkan PH, pada waktu itu kita lihat sejauh mana Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya boleh pergi.

“Pada masa itulah Anwar Ibrahim akan sedar siapa sebenarnya Tun Dr Mahathir Mohamad.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...