Khairuddin: Tun Mahathir jangan buang masa lagi dengan Anwar, PKR

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). Sumber (gambar): TTF

خير الدين: تون محضير جاڠن بواڠ ماس لاڬي دڠن انور، ڤقر

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus segera putuskan kerjasama politik bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR yang hanya akan membawa kehancuran kepada mana-mana puak yang bersekutu dengannya – kalangan ini amat tidak ikhlas dengan Mahathir dari dulu, kini dan selamanya.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Hassan, yang mendakwa Mahathir mempunyai kekuatannya yang tersendiri, dan Pakatan Harapan tidak mampu untuk merampas kembali kerajaan dari Perikatan Nasional selagi Anwar memimpin gabungan berkenaan.

Menurut Khairuddin, blok Mahathir sudah cukup kuat dan memiliki sokongan padu ramai ahli parlimen yang tidak setuju diadakan persefahaman dengan Anwar.

“Biarlah si lunchai terjun dengan labunya. Anwar Ibrahim ‘buta mata’ serta ‘buta hati’ sebab gagal memahami beliau sudah tidak relevan lagi. Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah liabiliti pada PH.”


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus segera putuskan kerjasama politik bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR yang hanya akan membawa kehancuran kepada mana-mana puak yang bersekutu dengannya – kalangan ini amat tidak ikhlas dengan Mahathir dari dulu, kini dan selamanya.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Hassan, yang mendakwa Mahathir mempunyai kekuatannya yang tersendiri, dan Pakatan Harapan tidak mampu untuk merampas kembali kerajaan dari Perikatan Nasional selagi Anwar memimpin gabungan berkenaan.




“Anwar Ibrahim bakal jadi ‘Perdana Menteri Menanti’ seakhir hayatnya. Dengan menamakan anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri untuk PH, ini membawa erti Perikatan Nasional akan bertambah kuat serta kukuh!

“Hakikatnya, PH akan gagal untuk merampas kembali kerajaan dari PN kerana saya yakin beberapa orang lagi ahli parlimen dari PKR bakal ‘melompat’ meninggalkan parti yang sedang bermasalah itu kerana tidak percaya dengan kepimpinan Anwar Ibrahim,” dakwa Khairuddin.

Menurut beliau, blok Mahathir sudah cukup kuat dan memiliki sokongan padu ramai ahli parlimen yang tidak setuju diadakan persefahaman dengan Anwar.

“Biarlah si lunchai terjun dengan labunya. Anwar Ibrahim ‘buta mata’ serta ‘buta hati’ sebab gagal memahami beliau sudah tidak relevan lagi.

“Hakikatnya, Anwar Ibrahim adalah liabiliti pada PH.

“Bukan Tun Dr Mahathir Mohamad saja harus tinggalkan PH, malahan parti Amanah, Dap serta Warisan tidak harus bekerjasama lagi dengan PKR.

“Sudah sampai masanya Tun Dr Mahathir Mohamad harus mencari satu formula untuk rundingan ‘meja bulat’ dengan PN demi kesejahteraan masa depan bangsa dan negara.

Loading...

“Rakyat sudah semakin resah dengan kemelut politik yang berpanjangan di negara kita, tambahan pula degan isu kemelut pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara kita.

“Saya yakin ada formulanya untuk sama-sama kita cari sejara ikhlas kearah merapatkan semula saf perjuangan demi bagi membina semula Malaysia Baharu.

“Rakyat Malaysia semakin kecewa serta hilang keyakinan dengan parti-prti politik yang senantiasa berbalah yang akhirnya membebankan keseluruhan warga negara kita.

“Tun Dr Mahathir Mohamad harus tolak Anwar Ibrahim secara total dan tutup ‘pintu rundingan’ serapat-rapatnya. Tak usah buang masa lagi dengan Anwar Ibrahim.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...