Khairuddin: Zafrul diperalatkan untuk menipu rakyat, elok letak jawatan

Setelah membuat penelitian semula, RM 4.475 bilion daripada RM4.478 bilion atau 99.9 peratus nilai projek yang didakwa dirunding oleh Kementerian Pengangkutan sebenarnya dirunding oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: زفرول دڤرڬوناكن اونتوق منيڤو رعيت، ايلوق لتق جاوتن

Tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menipu parlimen dan rakyat dengan meletakan beban rundingan terus pentadbiran Barisan Nasional bernilai lebih RM4.5 bilion atas bahu Pakatan Harapan amat memalukan dan tidak bertanggungjawab.

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut hairan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh melantik Zafrul sebagai menteri kewangan sedangkan ramai lagi yang lebih berkelayakkan untuk memegang jawatan tersebut.

“Akhirnya, kerja bodoh zafrul di parlimen sampai salah seorang ahli kleptokrats yang bernama Tajuddin Rahman begitu terkejut dengan pendedahan Zafrul itu memakan diri kerajaan PN itu sendiri.

“Rupanya pendedahan palsu ini yang tidak dikaji secara betul telah membuatkan muhyiddin yassin serta kerajaan pintu belakang terpaksa memikul bebanan ini.

“Dari RM6.61 bilion kontak rundingan terus, salah satu daripadanya yang bernilai RM4.475 bilion dirunding bawah pentadbiran Najib Razak. Ini baru satu sahaja.


PETALING JAYA: Tindakan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menipu parlimen dan rakyat dengan meletakan beban rundingan terus pentadbiran Barisan Nasional bernilai lebih RM4.5 bilion atas bahu Pakatan Harapan amat memalukan dan tidak bertanggungjawab.

Justeru, adalah elok Zafrul meletakkan jawatan untuk memikul tanggungjawab penuh atas kesalahannya itu memandangkan tindakan beliau cuba menipu rakyat kononnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan meluluskan 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion menimbulkan persoalan jika segala maklumat yang didedahkan oleh Kementerian Kewangan bawah kerajaan terkini adalah betul.




Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut hairan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh melantik Zafrul sebagai menteri kewangan sedangkan ramai lagi yang lebih berkelayakkan untuk memegang jawatan tersebut.

“Kita tidak faham sama sekali atas kriteria apa Zafrul dilantik sebagai menteri kewangan malaysia bila namanya disenaraikan dalam barisan kabinet Muhyiddin Yassin.

“Dia adalah seorang ahli perbankan yang masih mentah serta bukanlah berlatarbelakangkan bidang ekonomi mahupun politik secara memberangsangkan.

“Sebab itu dari awal lagi kita agak sangsi akan kemampuannya untuk mengemudi bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara yang begitu tenat kebelakangan ini.

“Dalam isu tender rundingan terus yang kononnya didedahkan oleh Zafrul ini barulah kita sedar bahawa perlantikannya adalah secara bersebab rupanya,” kata Khairuddin.

Kementerian Kewangan baru-baru ini mendedahkan senarai projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang kononnya dirunding dan diluluskan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan terdahulu.

Senarai tersebut memaparkan Kementerian Pengangkutan bawah Anthony Loke sebagai kementerian yang terlibat dengan kelulusan terbesar, iaitu sebanyak RM4.478 bilion ringgit atau 67.74 peratus daripada jumlah keseluruhan 101 projek yang didedahkan.

Loading...

Walaubagaimanapun, setelah membuat penelitian semula, RM 4.475 bilion daripada RM4.478 bilion atau 99.9 peratus nilai projek yang didakwa dirunding oleh Kementerian Pengangkutan sebenarnya dirunding oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Projek itu pada asalnya dirunding secara terus dengan Syarikat Dhaya LTAT Sdn Bhd oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional pada nilai RM5.265 bilion sebelum ianya dirunding semula pada harga RM4,475,250,000.00.

Jika ditolak nilai ini, Kementerian Pengangkutan sebenarnya mencatatkan nilai rundingan terus terendah dalam senarai manakala Kementerian Dalam Negeri bawah penyeliaan Muhyiddin mencatatkan nilai kedua tertinggi, melebihi setengah billion.

Ini bermakna, bukan hanya lebih dua per tiga daripada nilai keseluruhan projek-projek yang didedahkan oleh Zafrul dirunding secara terus oleh pentadbiran Najib, orang yang bergelar Perdana Menteri pada ketika ini terlibat dengan rundingan hampir satu per empat daripada nilai baki projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Khairuddin mendakwa Zafrul dipergunakan untuk bercakap bohong dan menipu rakyat.

“Memandangkan zafrul ini seorang budak hingusan yang kurang cerdik; dia hanya dijadikan ‘balaci’ Muhyiddin Yassin serta umno kearah untuk menipu seterusnya mengelirukan rakyat semata-mata.

“Kalaulah seorang menteri kewangan itu dilantik dari kalangan yang berpengalaman sudah pasti tidak mahu diperalatkan sepertimana pendedahan yang cukup bodoh mengenai isu tender rundingan terus ini.

“Akhirnya, kerja bodoh zafrul di parlimen sampai salah seorang ahli kleptokrats yang bernama Tajuddin Rahman begitu terkejut dengan pendedahan zafrul itu memakan diri kerajaan PN itu sendiri.

“Rupanya pendedahan palsu ini yang tidak dikaji secara betul telah membuatkan muhyiddin yassin serta kerajaan pintu belakang terpaksa memikul bebanan ini.

“Dari RM6.61 bilion kontak rundingan terus, salah satu daripadanya yang bernilai RM4.475 bilion dirunding bawah pentadbiran Najib Razak. Ini baru satu sahaja.

“Jika dikaji secara keseluruhan, hanya kebih kurang RM1.9 hingga RM2 bilion saja yang dirunding secara terus oleh beberapa kementerian-kementerian kerajaan PH.

“Dari jumlah ini lebih setengah bilion ringgit kontrak rundingan secara terus melibatkan kementerian dalam negeri yang pada ketika itu diterajui oleh Muhyiddin Yassin.

“Terima kasih banyak Zafrul di atas pendedahan ini kerana kini rakyat dapat mengetahui secara jelas bahawa kerajaan tebuk atap atau kerajaan pintu belakang pada hari ini adalah sebuah pemerintah kaki penipu.

“Dalam masa yang sama zafrul harus bertanggungjawab di atas setiap penipuannya dan harus letak jawatan sebagai menteri kewangan malaysia secara serta-merta.

“Lepas zafrul letak jawatan selaku menteri kewangan; Muhyiddin Yassin boleh lantik semula Zafrul untuk menerajui kementerian baru sebagai menteri balaci khas di bawah jabatan perdana menteri.

“Portfolio ini akan membolehkan Zafrul terus melaksanakan tanggungjawab bagi membohongi keseluruhan rakyat Malaysia secara berterusan dan menyeluruh.

“Rupanya inilah agenda muhyiddin yassin dan puak kleptokrats yang mahukan seorang menteri kewangan bodoh agar senang diperalatkan untuk agenda peribadi mereka kearah mengelirukan keseluruhan rakyat Malaysia.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...