Khairuddin: Zahid Arip mulutnya puaka – dulu digelarnya Muhyiddin ‘anjing’, kini Mahathir jadi mangsa fitnahnya

Menurut Khairuddin, beliau memiliki bukti Mahathir melarang sama sekali gerakan politik khianat oleh puak yang bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bila mantan Perdana Menteri itu terdengar desas-desus mengenainya. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: زاهيد اريڤ مولوتڽ ڤواك – دولو دڬلرڽ محي الدين ءانجيڠء، كيني محضير جادي مڠسا فتنهڽ

“Kalau ‘kaki penipu’ akan tetap menipu selamanya!”

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, ketika mengulas kenyataan Senator Muhammad Zahid Md Arip kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad merestui “gerakan menyekat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP”

Khairuddin berkata, bukan hanya Mahathir tidak pernah merestui apa-apa seperti yang didakwa Zahid, Langkah Sheraton merupakan tindakan khianat untuk mendapat kuasa yang terang-terang ditentang oleh Mahathir

“Muhyiddin Yassin pernah dianggap serta dibandingkan dengan ‘seekor anjing’. Maki hamun dan cacian lain terhadap Muhyiddin Yassin adalah satu kemanisan bagi bibir Zahid Md Arip.

“Tan Sri Isa Samad adalah bekas ‘bos’ Zahid Md Arip. Zahid sering berjumpa dan memberi ‘salam’ pada kalangan tertentu bagi mengutip jutaan ringgit wang rasuah melalui tangannya sendiri tetapi menafikan seolah-olah dia tidak pernah ambik duit haram tersebut serta tidak tahu menahu mengenainya.”


PETALING JAYA: “Kalau ‘kaki penipu’ akan tetap menipu selamanya!”

Demikian menurut bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, ketika mengulas kenyataan Senator Muhammad Zahid Md Arip kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad merestui “gerakan menyekat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP”




Khairuddin berkata, bukan hanya Mahathir tidak pernah merestui apa-apa seperti yang didakwa Zahid, Langkah Sheraton merupakan tindakan khianat untuk mendapat kuasa yang terang-terang ditentang oleh Mahathir.

“Ketahuilah, bahawa Zahid Md Arip adalah manusia ‘opportunis’ yang hanya memikirkan kepentingan diri serta menyalahkan orang lain untuk melindungi habuan yang dia dapat.

“Inilah sifat terkeji Zahid Md Arip, Kalau berjalan terserempak dengan ular berbisa dan Zahid Md Arip, kita harus palu beliau terlebih dahulu. Inilah tahap bahaya Zahid Md Arip dibandingkan dengan seekor ular berbisa sekalipun.

“Beliau sebenarnya berniat cemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad serta bermotifkan bagi memecah-belahkan perpaduan PH.

“Saya tahu Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah merestui gerakan langkah politik menyekat Anwar Ibrahim dan DAP sepertimana kenyataan Zahid Md Arip.

“Ini adalah agenda rakus mereka untuk mendapat kuasa seterusnya menjawat pelbagai jawatan demi kepentingan diri sendiri,”kata Khairuddin.

Beliau mendakwa miliki bukti Mahathir melarang sama sekali gerakan politik khianat oleh puak yang bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bila mantan Perdana Menteri itu terdengar desas-desus mengenainya.

Loading...

“Langkah Sheraton adalah tindakan kalangan pengkhianat untuk mendapat kuasa. Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah terlibat dalam gerakan untuk mengkhianati mandat rakyat pada PRU14.

“Pada waktu itu saya sendiri pernah menghubungi Dato Seri Hamzah Zainuddin untuk menzahirkan larangan Tun Dr Mahathir Mohamad pada gerakan mengkhianati mandat rakyat pada PRU14 yang lepas.

“Dalam situasi apa sekalipun, kita semua tak perlu layan serta tidak harus percaya dengan kata-kata Zahid Md Arip. Setiap tutur katanya hanyalah berteraskan pembohongan semata-mata.”

Khairuddin kemudian melabelkan Zahid sebagai “natural born liar” (manusia putar alam semulajadi).

“Lihat saja kes pendakwaan Tan Sri Isa Samad di mahkamah dewasa ini.

“Tan Sri Isa Samad adalah bekas ‘bos’ Zahid Md Arip. Zahid sering berjumpa dan memberi ‘salam’ pada kalangan tertentu bagi mengutip jutaan ringgit wang rasuah melalui tangannya sendiri tetapi menafikan seolah-olah dia tidak pernah ambik duit haram tersebut serta tidak tahu menahu mengenainya.

“Yang menghairankan kita sejumlah wang yang diterima sendiri oleh Zahid Md Zrip itu juga tidak pernah diterima oleh Tan Seri Isa Samad.

“Tapi biarlah proses perbicaraan di kamar mahkamah yang menentukan kebenarannya kelak. Kita hormati keluhuran undang-undang.

“Inilah kelakuan buruk Zahid Md Arip sanggup melakukan apa saja pada orang lain asalkan dirinya terlepas dari sesuatu isu.

“Moralnya di sini adalah sama. Zahid Md Arip cuba membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Langkah Sheraton walhal mantan perdana menteri ke tujuh tidak tahu menahu tentang perancangan mereka menubuhkan ‘kerajaan tebuk atap’.

“Dulu beliau maki hamun Muhyiddin Yassin dengan kata-kata keji yang kita sendiri tak sanggup dengar.

“Muhyiddin Yassin pernah dianggap serta dibandingkan dengan ‘seekor anjing’. Maki hamun dan cacian lain terhadap Muhyiddin Yassin adalah satu kemanisan bagi bibir Zahid Md Arip.

“Hari ini setelah dilantik sebagai senator puji melambung pula Muhyiddin Yassin.

“Apakah kita harus hormati dan percaya pada manusia ‘lidah bercabang’ seperti Zahid Md Arip ini?

“Begitu juga, pada suatu masa dahulu datang merayu serta menangis minta Tun Dr Mahathir Mohamad lantik beliau sebagai setiausaha politik perdana menteri.

“Lakonan dan drama Zahid Md Arip amat hebat sehinggakan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tertipu oleh beliau.

“Beliau menangis di hadapan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan perlu bekerja untuk menyara keluarga kerana keadaanya amat daif pada waktu itu.

“Atas dasar perikemanusiaan dan berpegang pada semangat kesetiakawanan maka Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Zahid Md Arip bagi menjawat jawatan tersebut akhirnya.

“Mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad tidak cukup pada Zahid Md Arip; ditambah dengan cuba memburukkan nama Tun kononnya merestui gerakan politik ini dengan niat mahu memecahbelahkan perpaduan di antara parti-parti komponen dalam PH.

“Perbuatan fitnah ini tidak boleh dimaafkan sama sekali, Ianya amat terkutuk dan tidak bertanggungjawab.

“Biar kita lihat sejauh mana beliau boleh pergi dan setinggi mana boleh panjat. Lambat laun ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...