Khairuddin: Zahid jangan buang masa main retorik, kotakan janji dan keluar Perikatan Nasional dengan segera

Khairuddin mendakwa, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sumber (gambar): Fail TTF

خير الدين: زاهيد جاڠن بواڠ ماس ماءين ريتوريك، كوتقان جنجي دان كلوار ڤريكتن ناسيونل دڠن سڬرا

Datuk Seri Khairuddin Hassan sebentar tadi mencabar presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa UMNO keluar dari Perikatan Nasional sambil memesan Zahid untuk berhenti beretorik.

Merujuk kepada kenyataan Zahid, Khairuddin berkata, tidak ada apa-apa prekära baharu yang diumumkan memandangkan UMNO sebelum ini sudahpun membuat pengisytiharan tidak akan menyertai Perikatan Nasional secara rasmi, .

“Kami tak pandai beretorikal. Lihat saja pendirian tun dr mahathir mohamad bila buat keputusan untuk keluar dari PH tubuh blok bebas; beliau laksanakan untuk tunaikan kata-katanya.

“Ini barulah berprinsip namanya!!

“Jadi kita nak lihat gelagat Zahid Hamidi kali ini samada beliau berani berpegang pada kata-katanya atau masih nak main sandiwara ‘komidinya’. Seandainya UMNO rasa mereka kuat; keluar saja dari PN dan doakan parlimen dibubarkan.”


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebentar tadi mencabar presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membawa UMNO keluar dari Perikatan Nasional sambil memesan Zahid untuk berhenti beretorik.

Merujuk kepada kenyataan Zahid, Khairuddin berkata, tidak ada apa-apa prekära baharu yang diumumkan memandangkan UMNO sebelum ini sudahpun membuat pengisytiharan tidak akan menyertai Perikatan Nasional secara rasmi, .




“Zahid Hamidi perlu berhenti menggemparkan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang bersifat retorik hanya untuk membeli masa.

“Setakat ‘tidak menjadi sebahagian daripada PN’ tetapi ‘menyokong PN’ tidak membawa apa-apa makna dan menunjukkan UMNO tidak berani membuat keputusan tegas, mungkin sebab takut diadakan Pilihan Raya.

“Rakyat malaysia ingin melihat zahid hamidi pegang pada kata-katanya untuk keluarkan umno dari PN.”

“Jangan beretorikal serta tak usah berlengah-lengah lagi, keluarkan saja UMNO dari PN kalau berani dan yakin dengan pendirian tersebut,” kata Khairuddin.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah bersifat “kleptokratik” dan pandai bermain dengan kata-kata, khususnya, Zahid.

“Malahan Zahid Hamidi juga terkenal dengan sikap suka menipu serta temberang saja lebih.

“Kami tak pandai beretorikal. Lihat saja pendirian tun dr mahathir mohamad bila buat keputusan untuk keluar dari PH tubuh blok bebas; beliau laksanakan untuk tunaikan kata-katanya.

Loading...

“Ini barulah berprinsip namanya!!

“Jadi kita nak lihat gelagat Zahid Hamidi kali ini samada beliau berani berpegang pada kata-katanya atau masih nak main sandiwara ‘komidinya’.

“Seandainya UMNO rasa mereka kuat; keluar saja dari PN dan doakan parlimen dibubarkan.

“Pada waktu itu sama-sama kita lihat samada UMNO betul-betul kuat atau mereka masih hidup dalam alam mitos.

“Bagi pihak kami pula sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Yang penting kami akan teruskan usaha untuk mengembalikan mandat rakyat pada pru14 yang lepas buat keseluruhan rakyat Malaysia.

“Dalam apa jua situasi; kerajaan ‘tebuk atap’ PN akan kami ranapkan dan pulangkan semula mandat dari rakyat untuk keseluruhan rakyat Malaysia”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...