Lemuria Pohnpei
Jika benar ada salah laku yang dilakukan oleh enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 boleh menjadi tidak sah dan terbatal oleh tribunal, maka pilihan raya semula dijangka akan diadakan tidak lama lagi, kata peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pendengaran tribunal yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah laku yang dilakukan enam anggota SPR iaitu Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.
https://www.facebook.com/lemuriapohnpei/videos/572756183207374/
Tribunal khas untuk menyingkirkan enam bekas anggota SPR menjadi keliru selepas seorang peguam yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara berkata tindakan itu adalah perkara akademik memandangkan semua mereka telah meletak jawatan.
Sesi tribunal itu dibuat di Mahkamah Tinggi Klang Selangor pagi tadi.
Anggota tribunal itu adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Steve Shim Lip Kiong, yang mempengerusikan tribunal berkenaan, Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha dan Dr Prasad Sandosham Abraham.
Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan.
Enam bekas anggota SPR itu pula adalah Othman Mahmood, Mohd Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, K Bala Singam dan Leo Chong Cheong.
Tribunal itu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah laku yang dilakukan oleh mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14.
Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu kenyataan pada 24 Jan berkata tribunal itu akan dianggotai oleh lima orang hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara.
Pada 17 Oktober tahun lalu, terdapat laporan bahawa kerajaan telah memulakan proses untuk menubuhkan tribunal berkenaan, namun pada hari berikutnya, mereka mengumumkan peletakan jawatan mereka dengan yang teralhir berbuat demikian pada 27 November.
Kredit – KiniTV
Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would allow us bring more such content in the future. And it only takes a minute. Click the donate button below to make a contribution.
Alternatively, send a WhatsApp to +60164049082 if you intend to make a direct contribution to our account. We thank you for your support and hope to continue bringing you great content in the years to follow.
FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:
Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter
Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook
TowardsGE15 on Facebook
Gagasan Tiga (G3) on Facebook
The Third Force (Telegram)
