
خيري دتاور برتنديڠ ڤرن نڬري سمبيلن، سلاڠور اتس تيكيت ڤن
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan diletak bertanding di Negeri Sembilan atau Selangor atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada Ogos depan, sekiranya bersetuju menyertai Bersatu.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris bagaimanapun berkata, Khairy atau mesra disapa KJ masih belum memberikan jawapan sama ada untuk menyertai Bersatu atau tidak.
“Khairy ada berkunjung ke rumah Muhyiddin selepas dipecat daripada UMNO untuk membincangkan masa depannya dalam dunia politik tanah air.
“Dalam pertemuan itu, Tan Sri Muhyiddin menawarkan kepada Khairy untuk bertanding atas tiket Bersatu dalam PRN jika beliau masih berminat dalam politik.”
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan diletak bertanding di Negeri Sembilan atau Selangor atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada Ogos depan, sekiranya bersetuju menyertai Bersatu.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris bagaimanapun berkata, Khairy atau mesra disapa KJ masih belum memberikan jawapan sama ada untuk menyertai Bersatu atau tidak.
Menurutnya, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat tawaran menyertai parti itu dalam pertemuan dengan Khairy selepas bekas Ketua Pemuda UMNO itu dipecat.
“Khairy ada berkunjung ke rumah Muhyiddin selepas dipecat daripada UMNO untuk membincangkan masa depannya dalam dunia politik tanah air.
“Dalam pertemuan itu, Tan Sri Muhyiddin menawarkan kepada Khairy untuk bertanding atas tiket Bersatu dalam PRN jika beliau masih berminat dalam politik.
TONTON: BENDA YANG PALING MENAKUTKAN PH MENJELANG PRN, ADA SEBAB PM BUAT RUMAH TERBUKA DI 3 NEGERI ‘PEKAT’ MELAYU
“Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat ditetapkan antaranya beliau perlu menghantar borang sebagai ahli Bersatu terlebih dahulu dan kerusi yang ditandinginya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN),” katanya menurut Utusan.
Bagaimanapun, menurutnya, Khairy belum memberikan sebarang keputusan berhubung tawaran tersebut sehingga kini.
“Beliau meminta sedikit masa untuk membuat keputusan,” katanya.
Mengulas lanjut, Razali berkata, beliau sendiri secara peribadi mengalu-alukan dan terbuka menerima Khairy menjadi sebahagian daripada ahli Bersatu berdasarkan reputasi bekas Ketua Pemuda UMNO tersebut dalam politik tanah air.
“Bagaimanapun, KJ perlu akur dengan keputusan parti untuk meletakkan beliau di mana, sama ada di Selangor atau Negeri Sembilan,” katanya.
Pada Januari lalu, Khairy dan beberapa pemimpin UMNO termasuk bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat keahlian daripada parti tersebut pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.
Khairy kemudian mengejutkan banyak pihak apabila tampil sebagai penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan.
Sementara itu, Razali berkata, Bersatu juga sedia membuka ‘pintu’ parti kepada mana-mana bekas pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan jika individu tersebut boleh memantapkan lagi parti tersebut.
“Seperti kita sedia maklum, ramai pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan dipecat keahlian daripada parti berkenaan. Jika mereka mampu memantapkan lagi Bersatu tiada salahnya untuk mereka sertai,” katanya.
Sumber:
