Khairy elak jawab isu pokok yang saya bangkitkan, terus pertahan kenyataan ‘susahkan hidup’

Khairy tidak menyentuh isu pokok yang saya bangkitkan, iaitu hak memilih yang diiktiraf oleh kerajaan sendiri apabila memutuskan untuk tidak menggubal undang-undang yang memaksa rakyat Malaysia menerima vaksin. Sumber (gambar): Fail TTF

“Saya sanggup berdebat dengan Khairy pada bila-bila masa berhubung kenyataan “susahkan hidup” dan kekeliruan yang ditimbulkan kerajaan”

Raggie Jessy Rithaudeen

خيري ايلق جواب ايسو ڤوكوق يڠ ساي بڠكيتكن، تروس ڤرتاهن كڽاتأن ءسوسهكن هيدوڤء

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, kerajaan telah cukup berusaha memberikan penerangan mengenai kebaikan dan keberkesanan vaksin Covid-19 kepada rakyat.

Menurut Malaysiakini, Khairy berkata bahawa kementeriannya telah mengemukakan segala bukti saintifik berhubung keberkesanan vaksin kepada rakyat.




“Dan kita terus memberi penerangan. Saya minta maaf saya perlu tegas dalam isu ini. Panggilah lah saya dajjal atau apa sahaja,” katanya dalam satu ciapan akaun Twitternya hari ini.

Namun, banyak kekeliruan berhubung cara penyampaian kerajaan kepada rakyat tidak diperbetulkan, dan perkara ini telah saya sentuh dalam live saya señalan (KLIK DI SINI UNTUK TONTON).

Khairy turut tidak menyentuh isu pokok yang saya bangkitkan, iaitu hak memilih yang diiktiraf oleh kerajaan sendiri apabila memutuskan untuk tidak menggubal undang-undang yang memaksa rakyat Malaysia menerima vaksin.

Semalam, saya menulis:

Khairy sendiri memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia berhak untuk memilih samada ingin mengambil vaksin atau tidak selagi tidak ada undang-undang yang mewajibkannya.

RUJUK PENDEDAHAN PENUH DI SINI

Namun, Khairy secara tiba-tiba mengugut untuk menyusahkan hidup mereka yang tidak mahu mengambil vaksin dan mencadangkan ujian calit Covid-19 secara mingguan bagi mereka yang menolak atau melengahkan penerimaan vaksin.

Bukankah ini satu bentuk ‘paksaan’ terhadap mereka yang tidak mahu menerima vaksin biarpun kerajaan sendiri mengiktiraf hak rakyat untuk memilih samada mahu mengambil vaksin atau tidak?

Loading...

Khairy perlu jelaskan perkara ini.

Saya menambah:

Apakah pendekatan “menghukum rakyat” dasar terkini pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri untuk memaksa rakyat melakukan sesuatu yang kerajaan sendiri tidak wajibkan menerusi lunas perundangan?

Ugutan Khairy bukan hanya mencerminkan sifat “totalitarian” pentadbiran Ismail Sabri, iannya bercanggah dengan amalan demokrasi lazim yang mewajibkan kerajaan memelihara hak golongan majoriti dan minoriti.

Dalam soal program imunisasi Covid-19, golongan majoriti merupakan mereka yang memilih untuk menerima vaksin, manakala golongan minoriti merupakan mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.

Jika benar golongan minoriti adalah ancaman kepada golongan majoriti dan jika ada bukti untuk menyokong pendapat ini, mengapakah kerajaan tidak melaksanakan sahaja undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin di seluruh negara?

Kenapa kerajaan memberikan hak kepada rakyat untuk memilih, kemudian bertindak zalim mengugut untuk menyusahkan hidup rakyat dengan menafikan hak yang sama?

Ini juga perlu dijawab oleh Khairy.

Seterusnya, saya menulis:

Ini bukannya soal sokong tak sokong vaksin, malah saya sendiri sudah divaksin.

Ini soal tanggungjawab kerajaan terhadap golongan majoriti dan minoriti serta pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menangani Covid-19, termasuk menjamin segala hak rakyat yang diiktiraf oleh kerajaan sendiri.

Apakah kerajaan khuatir rang undang-undang yang mewajibkan seluruh rakyat Malaysia menerima vaksin tidak akan mendapat sokongan ahli-ahli parlimen dalam bilangan yang mencukupi jika dibentangkan di Dewan Rakyat?

Sila jawab Khairy.

Saya sanggup berdebat dengan Khairy pada bila-bila masa berhubung perkara ini.

WAJIB BACA:

Jangan sampai pasport Najib dipulangkan, beliau disabit kesalahan jenayah berat

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...