Khairuddin Abu Hassan
Menteri Sains dan Teknologi tidak memperincikan kos pembelian vaksin mengikut jenama-jenama dari syarikat-syarikat pembekal di seluruh dunia.
Rakyat Malaysia ingin mengetahui kos sebenar keatas setiap dos pembelian vaksin mengikut jenama-jenama kerana ini melibatkan dana kerajaan serta duit rakyat.
Kita ingin mengetahui pecahan kos pembelian vaksin dan cara kerajaan membelanjakan peruntukan dana untuk tujuan pembelian vaksin mengikut pecahan jenama-jenama.
Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa peruntukan keseluruhan untuk program vaksinasi adalah sejumlah rm5.8 bilion.
Sejumlah rm4.8 bilion disalurkan kepada kementerian kesihatan malaysia dan rm1 bilion disalurkan kepada kementerian sains dan teknologi.
Walaupun Khairy Jamaluddin menyatakan setiap perjanjian ‘procurements’ telah diserahkan kepada Jawatankuasa PAC namun rakyat ingin mengetahui kos pembelian setiap dos mengikut jenama-jenama vaksin.
Ramai menyatakan kos pembelian vaksin mengikut jenama-jenama oleh kerajaan malaysia lebih tinggi dari apa yang dibayar oleh kerajaan-kerajaan dari negara-negara jiran kita.
Pada peringkat awal; rakyat difahamkan bahawa kerajaan sudah membelanjakan peruntukan ini namun penerimaan stok vaksin pada waktu itu agak lambat.
Adakah lambat menerima stok vaksin pada peringkat awal disebabkan oleh kerajaan lambat bayar kepada syarikat-syarikat pembekal atau pun sudah dibayar tetapi terpaksa beratur menunggu ‘supply’ stok dari pihak pembekal?
Bilakah kerajaan mula membuat pembayaran keatas kos-kos vaksin dan setakat hari ini berapakah jumlah keseluruhan yang sudah dibayar kepada syarikat-syarikat pembekal mengikut jenama-jenama vaksin.
Tetapi dalam masa yang sama kita tetap bersyukur kerana program ‘roll out’ vaksinasi kini adalah yang terpantas di dunia.
Bagi mencapai ‘kelompok imuniti’ 80% kepada keseluruhan rakyat amat penting demi bagi menjaminkan keselamatan setiap nyawa rakyat Malaysia.
BACA JUGA: NAJIB TEMBAK KAKI SENDIRI
Demi kesejahteraan rakyat kita harus mengikuti contoh mulia tun dr mahathir mohamad yang sanggup menawarkan diri secara ikhlas bagi mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara kearah membantu menyelesaikan kemelut pandemik Covid-19 demi untuk menyelamatkan nyawa setiap rakyat.
Demi masa depan bangsa dan negara tun dr mahathir mohamad sanggup ketepikan perbedaan fahaman ideologi politik dan letakkan agenda kepentingan negara di atas segalanya.
Tokoh negarawan terulung negara ini amat jujur bagi menggunakan setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan yang ada pada beliau kearah berkorban tenaga semata-mata demi semangat Malaysia.
WAJIB BACA:
